BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH RAIH PINGAT GANGSA

Modul Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan telah berjaya meraih pingat gangsa dalam pertandingan Inovasi dan Rekacipta Dalam Kaunseling yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2010 di Universiti Malaysia Terengganu.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster telah diwakili oleh Cik Hasreena binti Abdul Rahman di samping mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut turut hadir Konvensyen Kaunseling Kebangsaan.

Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Di samping menghadiri konvesyen para peserta turut diraikan oleh Menteri Besar Terengganu dalam satu majlis makan malam dan berdailog dengan Menteri PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat.



Tahniah di atas kejayaan tersebut.

Comments

Post a Comment