Search This Blog

Loading...

Thursday, 17 June 2010

Sekolah Amanah: Perkongsian Awam Swasta Dalam Pendidikan Untuk Merapat Jurang Prestasi

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)

1 comments:

chc_jb said...

Adalah baik memperkenalkan sekolah amanah kerana matlamatnya untuk memajukan pretasi pelajar.
Tetapi bagi pihak swasta,setiap pelaburan adalah berharap mendapatkan keuntungan.
Adakah pihak swasta akan mendapat keuntungan yang lumayan daripada sistem baru ini?

Selepas melaksanakan sekolah amanah , adakah yuran pelajaran murid akan meningkat?
Adakah ini akan membebankan rakyat kita?

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.