Malaysia Juara Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN


Dengan memenangi 46 pingat emas, 37 perak dan 24 gangsa Malaysia dengan rasminya telah menjuarai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG) ke-2 yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Malaysia mengungguli pencapaian dalam olahraga apabila menjadi penyumbang terbanyak pingat emas, iaitu 13.
Meskipun tidak mencapai sasaran 50 pingat emas, Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian tersebut kerana kejohanan pada tahun lepas di Thailand tidak disertai ekoran penularan wabak penyakit H1N1.

Malaysia mengungguli dalam bola keranjang lelaki, badminton (perseorangan wanita, bergu campuran, bergu lelaki dan wanita), renang, hoki lelaki, gimrama, bola jaring dan gimnastik artistik.

Bola keranjang wanita, Malaysia tewas tipis kepada Thailand.

Comments