Search This Blog

Tuesday, 5 October 2010

Usaha Mendekati PIBG Seluruh Negara


Majlis Diskusi PIBG Daerah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, Johor dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri 25 September lalu berjaya merungkai pelbagai persoalan berkaitan peranan PIBG membantu pihak pentadbiran sekolah dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang.  
Kira-kira 100 orang terdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi PIBG sekolah rendah dan menengah dari daerah Kulaijaya, pegawai polis penghubung dan pegawai-pegawai dari PPD Kulaijaya hadir di majlis itu.
Sesi pertanyaan dan maklum balas juga berjaya memperbaharui komitmen peserta untuk meningkatkan kerjasama bukan sahaja kepada pentadbiran sekolah tetapi juga menjayakan dasar-dasar baru yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian, termasuk dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), 1Murid 1Sukan dan juga usaha mengurangkan isu-isu disiplin di peringkat sekolah.
Majlis yang diadakan di Dewan Suluh Bistari SMK Senai itu dirasmikan En. Md Hasidin bin Haji Zaini, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Johor, mewakili Pengarah Pelajaran Johor.
Majlis diskusi itu menampilkan empat ahli panel iaitu YB Dato’ Hasbullah bin Osman, Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri; Encik Mohd Solihan bin Badri, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); Encik Suratno bin Parmin, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM; Superitenden Zulkifly bin Yahya, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, manakala Encik Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya selaku pengerusi majlis diskusi berkenaan.
Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Hj. M. Yusuf bin H. Hanif, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri. Turut meluangkan masa di majlis penutup adalah Ahli Parlimen Kulaijaya, YB Tan Sri Ong Ka Ting.


En. Md Hasidin bin Haji Zaini menyampaikan ucapan perasmian.


Barisan panel (dari kiri ) En. Solihan bin Badri;  YB. Dato’ Hasbullah bin Osman;  En Azman Adnan; En. Suratno bin Parmin dan Superitenden Zulkifly bin Yahya.


En. Solihan menarik perhatian peserta berhubung dasar MBMMBI 

Antara peserta yang mengemukakan pertanyaan ialah En. Morsin Peraman@Parman, YDP PIBG SK Air Manis.

 Majlis penutup diskusi PIBG disempurnakan oleh Tuan Hj. M. Yusuf bin H. Hanif, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri

 

Di majlis penutup, (dari kiri) Tuan Hj. Bahrom bin Ali, Tuan Hj. M. Yusuf bin H. Hanif, Tan Sri Ong Ka Ting. -- Berita dan gambar oleh Unit Komunikasi Korporat KPM.

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.