Apakah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas?

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) ialah sebuah pusat yang ditubuhkan untuk membantu individu dengan keperluan khas mendapat khidmat nasihat dan bimbingan ke arah kualiti hidup yang lebih baik.   Kementerian Pelajaran Malaysia membuat jaringan kerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu murid berkeperluan khas di 3PK.   Di Bahagian Pendidikan Khas,  Putrajaya juga mempunyai sebuah 3PK di tingkat bawah bangunan. Murid berkeperluan khas serta ibu bapa boleh membuat rujukan terhadap anak mereka di sini.(drk/11/11/2010)



Comments