Search This Blog

Wednesday, 23 March 2011

Tahniah:9,239 calon dapat Semua A dalam SPM



Seramai 9,239 orang calon sekolah-sekolah di bawah KPM mendapat keputusan semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud hari ini.

Mengumumkan keputusan tersebut, Datuk Abd Ghafar menyifatkan peningkatan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat semua A adalah seramai 1,252 orang (0.29%)  berbanding dengan tahun 2009, seramai 7,897 calon.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian calon sekolah KPM dalam SPM 2010.

Menurut Datuk Ghafar, "seramai 368,559 orang calon (91.2%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 364,046 orang (90.8%) pada tahun 2009.

"Ini bermakna, bilangan calon yang mendapat sijil meningkat seramai 4,513 orang (0.4%) dan Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2010 meningkat kepada 5.19 berbanding 5.34 pada tahun 2009," tambah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Peningkatan GPN ini menurut Datuk Abd Ghafar ialah "penumpuan yang calon dapat berikan terhadap mata pelajaran yang diambil setelah Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM mula dilaksanakan pada tahun 2010."

Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran turut meningkat seramai 7,970 kepada 68,114 calon berbanding pada tahun 2009 seramai 60,144 calon. 

Bilangan calon yang gagal telah menunjukkan penurunan iaitu dari 2,877 pada tahun 2009 kepada 2,773 orang calon, iaitu penurunan seramai 104 orang (0.03%).

Prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan berdasarkan nilai Gred Purata Nasional, iaitu 0.04 peratus bagi bandar dan 0.22 peratus di luar bandar menjadikan masing-masing 4.89 dan 5.52 berbanding tahun sebelumnya 4.93 dan 5.74.



3 comments:

jue said...

sy ingin tanya pendapat...sy mempunyai rakan yng berasal dri sabah berumur 32 thn belajar sampai tingkatan 3 shja...dia tidak menamatkan pendidikannya semasa zaman remajanya kerana taraf hidupnya..kini sy ingin menolngnya mengambil peperiksaan spm semula...msa sekrng pekrjaan sukar untk berkrja tanpa memiliki sijil spm..sy ingin megubah hidupnya menjadi manusia yg berpendidikan..demi megejar masa hadapn dan jga matlamat negara melahirkan rakyat yg berpendidikan tanpa mengira usianya. bagaimana cara belajar semula utk spm dan peringkat seterusnya?

Kate said...

I believe that is one of the so much important information for me. And i am satisfied reading your article. However want to observation on few basic issues, The web site style is perfect, the articles is in reality nice.
Kate@Perlengkapan Bayi Onlie

moco said...

It has taken me ages to discover your site. Finally. This is just the information I was looking for.
Rumah Dijual@Propertykita

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.