Search This Blog

Friday, 19 August 2011

Kumpulan Sebar Agama Lain Kepada Pelajar Islam Dipantau

Kementerian Pelajaran sedang memantau dakwaan adanya usaha menyebarkan agama lain kepada kanak-kanak sekolah beragama Islam yang berselindung di sebalik tawaran menghadirkan diri ke kelas-kelas tuisyen percuma yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya mengambil berat tentang dakwaan tersebut dan satu siasatan terperinci mengenainya perlu dilaksanakan kerana aktiviti terbabit bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada penganut Islam.

Dua hari hari lalu, beberapa akhbar tempatan mendedahkan ada sekumpulan pengagut agama lain telah menggunakan kanak-kanak yang hadir ke kelas tuisyen kendalian mereka telah mengajar kanak-kanak untuk mengenali ajaran Kristian termasuk menyanyikan lagu berkaitan dengan Jesus.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kelompok yang menjadikan kelas-kelas tuisyen percuma sebagai usaha menyebarkan agama lain dengan menyasarkan murid sekolag rendah beragama Islam terutama keluarga miskin dan setinggan di ibu negara.

Berdasarkan laporan tersebut, Tan Sri Muhyiddin mengulas, jika anak mengadu, ibu bapa perlu segera melaporkannya kepada Jabatan Agama Islam negeri dan harus disiasat.:“Saya dimaklumkan kejadian berlaku di luar sekolah apabila anak ini mengikuti kelas tuisyen.

“Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana negara kita ada undang-undang... ada enakmen tertentu melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Disebabkan kejadian berlaku di luar sekolah, ibu bapa kenalah pantau anak mereka,” jelas beliau gi ketika menghadiri Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Bersama PDRM semalam,

Beliau mengulas laporan akhbar ini kelmarin mengenai cubaan terbaru memesongkan akidah umat Islam dikesan dipercayai didalangi kumpulan tertentu dengan menyasarkan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, terutama dari kalangan keluarga miskin di beberapa penempatan setinggan di Lembah Klang.

Difahamkan, kegiatan terbabit bertapak sejak enam tahun lalu berselindung di sebalik kelas tuisyen yang diadakan di bekas kuarters pekerja ladang di Hock Ann Estate, Jalan Klang Lama untuk menyebarkan pengaruh Kristian melalui tayangan video dan segmen menyanyikan lagu keagamaan.

Walau bagaimanapun pihak berkuasa agama, iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang memantau perkara ini dan mengumpul bukti termasuk menemui para pelajar yang didakwa terbabit.



0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.