Malaysia Tuan Rumah World Robotic Olympiad 2012

Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan World Robotic Olympiad 2012 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November bertempat di Kuala Lumpur dengan temanya Robots Connecting People.

Sehingga kini, WRO telah dianjurkan di tujuh buah negara bermula di Bangkok, Thailand (2005); Nanning, China (2006); Taipei, Taiwan (2007); Yokohama, Jepun (2008); Pohang, Ko-rea Selatan (2009); Manila, Filipina (2010) dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2011.

Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar dari 40 buah negara seluruh dunia di mana pelajar-pelajar tersebut merupakan johan peringkat kebangsaan di negara masing-masing.

Bagi menandakan pertandingan WRO itu diadakan di Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran secara soft-launching telah diadakan di Putrajaya oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Januari lalu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melibatkan diri dalam Pertandingan Robot Kebangsaan (NRC) sejak 2005 dan ianya mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang sains dan inovasi.

Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM, Muhamat Rosli Hassan berkata, program robotik merupakan antara inisiatif kementerian dalarn usahanya bagi mencapai misi menyediakan platform pembelajaran yang dapat membentuk pelajar berkemahiran untuk bejaya pada abad ke-21.

"Melalui program yang diperke-nalkan, kementerian yakin untuk membangun dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta ke-mahiran sosial pelajar bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran juga masa depan.

"Para pelajar turut akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran insaniah seperti kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, komunikasi interpersonal dan kerjasama berkumpulan yang begitu penting untuk mereka kuasai di peringkat ini," katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

KPM bekerjasama dengan Sasbadi Sdn. Bhd. (Sasbadi) dan Pusat Sains Negara dalam menjayakan program robotik sejak 2005 dan sehingga kini, lebih daripada 2,000 sekolah rendah dan menengah terlibat dalam program robotik ini setiap tahun.

Menurut Muhamat RosIi lagi, penganjuran program robot ini juga sejajar dengan hasrat murni kementerian untuk melahirkan pelajar serba boleh serta cemerlang dalam pelbagai bidang serta mempamerkan nilai-nilai moral yang positif.

"Melalui penganjurannya pada tahun-tahun sebelum ini, NRC terbukti telah berjaya meningkatkan minat pelajar dalarn bidang sains dan teknologi, robotik serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Kementerian turut menyeru guru-guru dan para pelajar untuk terus berusaha memperoleh ilmu penge-tahuan, kemahiran dan cemerlang dalam bidang matematik, sains dan teknologi," jelasnya.

Katanya lagi, KPM akan terus menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti NRC kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan terhadap bidang robotik malah menyediakan pembelajaran yang menjana inspirasi untuk meneroka bidang kejuruteraan dan teknologi melalui gabungan konteks pembelajaran melalui cabaran hands-on.



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments