Search This Blog

Tuesday, 6 March 2012

PENYELIDIK MUDA SBP MALAYSIA MENANG 4 PINGAT EMAS DI TAIWAN 2012


Pada 10 hingga 13 Februari 2012 yang lalu Malaysia telah menghantar 7 orang pelajar diiringi oleh 3 orang guru pengiring ke Pameran Penyelidik Muda Antarabangsa (IYIE 2012) bertempat di Universiti Far East, Taiwan.  Peserta dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia  tersebut telah memenangi 4 pingat emas dalam pertandingan yang diadakan sempena pameran tersebut.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa Kedah (SMSSMJ), Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis (SMSTSP) dan SBPI Tun Abdul Razak, Pahang. Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa Kedah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis dibawah bimbingan Kelab Penyelidik Muda ENVEX (EYReC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Pameran Penyelidik Muda Antarabangsa ini menerima 1272 penyertaan dan hanya 300 produk dipilih untuk ke peringkat akhir. Ia melibatkan lebih daripada 10 negara dari seluruh dunia antaranya Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong, Kanada, Australia, Thailand, Vietnam termasuklah Malaysia.

Berikut adalah keputusan akhir pertandingan tersebut :
  • SMS Tuanku Syed Putra, Perlis: Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi (Pingat Emas dan Anugerah Khas dari Persatuan Inovasi Hong Kong) – E-Starch Food Container
  • SMS Sultan Muhamad Jiwa, Kedah : Fakhri Fitri Mohammad Nawawi & Muhammad Nur Farez Abdul Ghani Kanesan (Pingat Emas dan Anugerah Khas dari Persatuan Inovasi Hong Kong) – SUPERB MSE: Potential Local Medicinal Herb as Analgesics Sustitute for Morphine to Alleviate Pain
  • SBPI Tun Abdul Razak, Pahang:
    • From Waste To Wealth: Nurul Nadiatul Shamimi Rusli & Nur Adeena Abdullah (Pingat Emas) - Sustainable Paper From Waste Saccharum officinarum
    • From Waste To Wealth: Muhammad Khairi Ramli & Muhammad Hisyammuddin Abdul Rahman (Pingat Emas) - ParBo’ From Biomass Waste of Palm Oil
Sesungguhnya pencapaian para pelajar ini amat membanggakan kita dan sekaligus membantu mengharumkan nama Negara kita, Malaysia di mata dunia. Ia juga diharapkan dapat menaikan semangat para pelajar kita dipertandingan yang akan datang.




Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.