Search This Blog

Wednesday, 21 March 2012

Program Penghayatan Al-Quran Kaedah Digital


Program Penghayatan Al-Quran Kaedah Digital anjuran PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diadakan pada 27 Januari 2012 di Bilik Seminar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, Putrajaya.  Program anjuran Biro Pusat Sumber PUSPANITA  Cawangan KPM merupakan ilham YBhg Datin Rohana Abdullah, Pengerusi Induk Puspanita KPM yang telah berusaha mencari sumbangan selain menggunakan peruntukan dari Tabung PUSPANITA KPM bagi menjayakan hasrat untuk melahirkan warga PUSPANITA KPM yang celik Al-Quran.

Beliau berharap program tersebut dapat menyemarakkan lagi budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli-ahli PUSPANITA KPM, selain dapat mendengar dan mempelajari terjemahan ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mudah.

Sementara itu, Y.Bhg. Dato’ Wan Khazanah Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM ketika melancarkan program tersebut berharap ahli-ahli PUSPANITA KPM akan dapat bersama-sama memperbaiki bacaan Al-Quran dan menghayati maksud ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran melalui terjemahan yang disediakan.

Beliau juga berharap agar pengagihan senaskhah Al-Quran Digital kepada semua Bahagian di KPM akan menyuburkan budaya membaca Al-Quran di semua Bahagian dengan mengadakan kelas tajwid dan sumpamanya di bahagian masing-masing.








Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.