Search This Blog

Sunday, 8 April 2012

Lawatan KPPM ke Sekolah Vokasional Lycee Dorian, Perancis


Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Sri abdul Ghafar Mahmud telah menghadiri Mesyuarat Ke-61 Majlis Biro Pendidikan Antarabangsa (IBE) pada 25 hingga 27 Januari 2012 di Geneva, Switzerland.

Dato’ Sri Abdul Ghafar adalah Ahli Lembaga Eksekutif IBE dan telah dipilih semula menduduki kerusi tersebut bagi tempoh Biennium 2012-2013.

Setiap wakil negara yang hadir dalam mesyuarat tersebut telah berbincang mengenai agenda Laporan Aktiviti IBE 2011, Draf Program dan Bajet IBE bagi tahun kewangan 2012, draf pelaksanaan “Strategy to make the IBE UNESCO’s Centre of Excellence in Curriculum, including the ICE” dan penetapan tarikh Mesyuarat Ahli Lembaga IBE Ke-62 akan datang.


Sesi Mesyuarat IBE, Y. Bhg. Dato’ Sri Abdul Ghafar Mahmud mewakili (Malaysia)


Jawatankuasa Pemandu

Di mesyuarat tersebut, Malaysia telah dipilih sebagai Naib Presiden Kumpulan Jawatankuasa Pemandu Rantau Asia Pasifik untuk melaksanakan agenda bagi melahirkan IBE sebagai Pusat Kecemerlangan Kurikulum.

Dato’ Sri Abdul Ghafar turut melakukan kunjungan hormat ke Kementerian  Pelajaran Perancis dan mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Vokasional Lycee Dorian, di Paris pada 23 Januari 2012.  Turut hadir ialah Pegawai Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), pihak Kedutaan Besar Malaysia di Paris dan Wakil Tetap UNESCO Malaysia di Paris.


 Sesi Hands-on disaksikan oleh Dato’ Sri Abdul Ghafar dan delegasi.

Pelbagai pendedahan kepada aspek kurikulum serta pendidikan teknikal dan vokasional sekolah-sekolah Negara Perancis telah diberikan kepada Perwakilan Malaysia di lawatan tersebut.  

Kunjungan tersebut adalah selari dengan matlamat KPM yang sedang dalam proses menimba ilmu untuk memartabatkan pendidikan teknikal dan voksional sekolah-sekolah di Malaysia. 


Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.