MAJLIS PENGANUGERAHAN TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011


Sebanyak 403 buah sekolah daripada 7,635 buah sekolah rendah seluruh negara telah berjaya menerima anugerah Tawaran Baru Guru Besar (TBGB), sekaligus mencapai sasaran pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran iaitu sebanyak empat peratus bagi tahun 2011.  Antaranya ialah 290 sekolah kebangsaan, 43 SJKC, 47 SJKT, 5 SABK dan sebuah Sekolah Orang Asli, di mana guru besar sekolah rendah di negeri Johor merupakan penerima anugerah TBGB paling ramai iaitu seramai 72 orang, diikuti dengan Pahang seramai 48 orang dan Sarawak 45 orang.

Majlis Penganugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar itu telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 15 Mac 2012 di Auditorium, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tawaran Baru yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 itu telah berjaya melalui beberapa fasa pelaksanaannya, dimana majlis pada 15 Mac itu merupakan pusingan kedua Fasa 1 bagi guru besar yang menunjukkan kemampuan masing-masing dalam memimpin organisasi sekolah ke tahap yang membanggakan. 

Pengenalan Tawaran Baru itu merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah.  Penilaian terhadap pencapaian pemimpin sekolah dibuat berasaskan kombinasi pencapaian akademik, kokurikulum, dan elemen-elemen lain yang memberi impak dalam kemenjadian murid.

Pengukuran pencapaian Pengetua dan Guru Besar dibuat berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang merangkumi aspek Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid.  Dalam konteks ini, Tawaran Baru dilihat sebagai usaha yang selari dengan sistem pendidikan yang berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.

Tawaran Baru diberikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan penilaian dibuat ke atas Pengetua dan Guru Besar yang telah berada di sesebuah sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya enam bulan dan sekolah berkenaan mempunyai keputusan peperiksaan awam untuk tahun penilaian yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan Tawaran Baru itu, langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah.

Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran Exceed Target (ET) yang ditetapkan akan dikenal pasti oleh JNJK untuk dilaksanakan verifikasi dan selepas disahkan bahawa Pengetua dan Guru Besar mencapai ET dalam proses verifikasi dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk pemberian BITB.

Pengetua dan Guru Besar yang mencapai ET layak diperakukan untuk diberikan ganjaran BITB sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:-
  • Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (>90%)
  • Audit Tanpa Teguran (pada tahun sebelumnya)
  • Bebas daripada tindakan tata tertib
  • Mencapai tahap pencapaian Literasi dan Numerasi yang ditetapkan
Bagi sekolah-sekolah yang Pengetua dan Guru Besarnya mencapai ET, ganjaran BITB turut akan diberikan kepada guru-guru dan anggota sokongan yang mencapai LNPT tertinggi di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin ketika berucap di majlis penganugerahan itu berkata, apa yang membanggakan ialah usaha Kerajaan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar telah membuahkan kejayaan dan ini terbukti apabila sebuah sekolah orang asli iaitu SK Tasik Cini, Pekan, Pahang telah berjaya menerima ganjaran tawaran baru tersebut dari keseluruhan 403 buah sekolah rendah yang terpilih.

Kerajaan juga akan membelanjakan hampir RM15 juta sebagai ganjaran kepada Guru Besar dan Pengetua, guru-guru serta kakitangan sokongan yang memenuhi syarat di sekolah masing-masing dan dijangka hampir empat belas ribu warga pendidik peingkat sekolah rendah akan mendapat manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran Baru itu.



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments

  1. Tawaran Menarik Untuk Kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia

    - Pinjaman MBSB Pakej Baru 2012
    - Khas Untuk Kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    - Pinjaman dengan kadar tetap 3.99%
    - Promosi Terhad bermula dari 1-31 May 2012
    - Pinjaman Baru @ Overlap layak memohon
    - Pinjaman minimum RM50,000. Maksima RM200,000.
    - Tempoh pembayaran balik dari 5 tahun - 20 tahun
    - Kadar keuntungan serendah 3.99% (kadar tetap) untuk 20 tahun
    - Potongan BIRO ANGKASA tidak melebihi 60%
    - Tidak ada yuran keahlian (Anda tidak perlu menjadi ahli)
    - Blacklist, CTOS, CCRIS layak memohon

    Disertakan bersama jadual potongan. http://goo.gl/lW3J8

    Untuk Keterangan Lanjut Boleh Hubungi
    KHAIRUL: 017-3014204
    EMAIL: AYUL@YMAIL.COM
    WEB: www.loanmbsb.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment