Search This Blog

Loading...

Monday, 28 May 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM 1 HARI BERSAMA PENERIMA KWAPM TAHUN 2012

 Pada 19 Mei 2012 (Sabtu) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menganjurkan Program 1 Hari Bersama Penerima KWAPM Tahun 2012 di Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Program berbentuk motivasi serta pembentukan sahsiah kendiri ini melibatkan seramai 100 orang murid miskin di kalangan orang asli daripada empat buah sekolah di sekitar daerah Kuala Lipis yang menerima bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Majlis disempurnakan oleh  YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, KPM.

Turut hadir ialah YB Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Orang Asli Negeri Pahang, Encik Sabri bin Haji Said Setiausaha Bahagian Kewangan, KPM, Encik Isa bin Abd. Hamid, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang dan Encik Yahya bin Zainal Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.

Pada majlis tersebut turut disampaikan bantuan KWAPM bagi sesi 2012 sebanyak RM200 setiap seorang. Bagi sekolah yang muridnya tidak terlibat dalam program motivasi ini, bantuan turut disampaikan melalui Guru Besar Sekolah Orang Asli di sekitar Kuala Lipis. Secara keseluruhnya bagi tahun 2012, Negeri Pahang telah diperuntukkan bantuan sebanyak RM13.85 juta untuk agihan kepada seramai hampir 49,531 orang murid penerima KWAPM yang terdiri daripada murid tahun 1 hingga tingkatan 1. Daripada jumlah tersebut, seramai 10,736 orang adalah terdiri daripada murid Orang Asli di seluruh negeri Pahang yang melibatkan peruntukan kewangan sejumlah RM5.1 juta.

Di majlis ini juga diadakan penyampaian Anugerah Pelajar KWAPM Cemerlang kepada 20 orang murid miskin Orang Asli penerima bantuan KWAPM yang telah mencapai tahap cemerlang di dalam bidang akademik. Anugerah yang diberikan diharap dapat meningkatkan tahap keyakinan diri murid-murid miskin ini untuk terus mencipta kecemerlangan di masa akan datang dan menjadi contoh serta teladan kepada murid-murid miskin yang lain bahawa kemiskinan bukanlah penghalang dalam mencapai kejayaan.


Berikut merupakan senarai nama murid yang menerima Anugerah Pelajar KWAPM Cemerlang Tahun 2012 bagi Negeri Pahang (Kategori Orang Asli):

BIL

NAMA MURID

TAHUN

NAMA SEKOLAH
1.
Arissa a/p Arman
6
SK Betau
2.
Haslin a/p Harun
6
SK Betau
3.
Nianiza a/p Mat Ali
6
SK Betau
4.
Sofia a/p Ghani
6
SK Betau
5.
Zakiah a/p Yok Yeng
6
SK Betau
6.
Ady a/l Denang
6
SK Kuala Koyan
7.
Marisan a/l Malik
6
SK Kuala Koyan
8.
Razif a/l Razali
6
SK Kuala Koyan
9.
Juwita a/p Jamil
6
SK Kuala Koyan
10.
Tiara a/p Tahir
6
SK Kuala Koyan
11.
Manmiki bin Abd Razak
6
SK Lanai
12.
Safakira a/l Rafie
6
SK Lanai
13.
Arisnasihin bin Azmir
6
SK Lanai
14.
Anita a/p Yee
6
SK Lanai
15.
Sonia a/p Rasip
6
SK Lanai
16.
Shahroli a/l Bah Him
6
SK Lenjang
17.
Rosman a/l Ramli
6
SK Lenjang
18.
Zairi a/l Bahari
6
SK Lenjang
19.
Jefri a/l Musa
6
SK Lenjang
20.
Wak Nena a/p Norgiman
6
SK Lenjang
 

Program 1 Hari Bersama Penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Tahun 2012
Program 1 Hari Bersama Penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini merupakan satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang melibatkan kerjasama di antara agensi di bawahnya dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan bagi program tersebut.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta melihat perkembangan intelektual dan spiritual murid penerima KWAPM di samping meningkatkan lagi tahap kesedaran berkenaan objektif penubuhan Tabung KWAPM dalam kalangan masyarakat tempatan. Secara amnya, Tabung KWAPM ditubuhkan untuk membantu ibu bapa/penjaga yang tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Bantuan khusus diberikan kepada murid miskin warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran persekolahan dan meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan murid secara menyeluruh.
Semenjak ditubuhkan pada tahun 2003, bantuan KWAPM hanya menumpukan kepada bantuan kewangan bagi mengatasi keciciran murid. Seiring dengan perkembangan semasa, KPM mengambil inisiatif untuk menganjurkan program motivasi yang bersifat interaktif bagi memastikan murid-murid tidak hanya sekadar dibantu dalam bentuk kewangan semata-mata tetapi juga dari segi pembangunan sahsiah serta motivasi pembelajaran.
Bagi tahun 2012, pemilihan peserta adalah daripada kalangan murid yang bersekolah di kawasan luar bandar. Ini bagi memberi peluang kepada murid-murid berkenaan agar mendapat pendedahan yang sewajarnya serta untuk memotivasikan murid-murid berkenaan tentang kepentingan pendidikan demi masa depan mereka. Selain itu, perbandingan dapat dibuat terhadap tahap penerimaan murid dan keberkesanan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 dengan tahun semasa.
Berdasarkan statistik bilangan murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program kali ini di mana lokasi pelaksanaan program adalah di sekolah Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis. Secara keseluruhanya, seramai 100 orang murid miskin penerima bantuan KWAPM daripada empat buah sekolah Orang Asli sekitar daerah Kuala Lipis iaitu Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Lenjang, Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dan Sekolah Kebangsaan Betau sendiri telah dipilih untuk menyertai program motivasi pada kali ini.





Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.