MAJLIS PRA PELANCARAN HARI GURU


Pelbagai program dan aktiviti dirancang sepanjang Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 Tahun 2012  bermula pada 10 hingga 16 Mei 2012 seperti berikut:-
  • Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat  pada 10 Mei 2012 di Masjid Putra, Putrajaya yang akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi.  Majlis akan diadakan serentak di semua masjid seluruh negara;
  • Khutbah Jumaat pada 11 Mei 2012 di semua masjid seluruh negara;
  • Pameran Pendidikan pada 12 hingga 16 Mei 2012 di SMK Clifford, Kuala Kangsar yang pelancarannya akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 13 Mei 2012;
  • Jamuan  Makan Malam Negeri (Pelancaran Buku, Penyampaian Hadiah dan Anugerah) pada 15 Mei di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak;
  • Bahas Guru Ala Parlimen (Peringkat Akhir)  pada 15 Mei 2012 di Kolej Melayu Kuala Kangsar;
  • Program Guru Penyayang pada 15 Mei 2012 di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar;
  • Program Sepetang Bersama KSU dan KPPM pada 15 Mei 2012 di Persisiran Sayong, Kuala Kangsar; dan
  • Forum Pendidikan pada 15 Mei 2012 di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Manakala acara kemuncak perayaan ialah  majlis pelancaran perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan  Ke-41 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 16 Mei 2012 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, di mana dua anugerah tahunan akan disampaikan iaitu Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan yang mula diperkenalkan pada tahun ini. Majlis tersebut akan turut disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen RTM dan EduWeb TV.

Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan mencipta Lagu Tema Hari Guru 2012 yang akan dimainkan di semua Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah semasa perhimpunan sekolah sehingga Hari Guru berlangsung.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud ketika menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Hari Guru 2012 pada 30 April 2012 di Dewan Besar Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya turut melancarkan tema dan lagu tema Hari Guru iaitu ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’.

Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid., di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air. 

Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi. 

Sehubungan itu, beliau menyeru para pendidik agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudahcara kepada pencetus invensi dan inovasi.






Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments

  1. im sorry to post this here but i would like to file a complaint on teachers in SMK taman bukit maluri. I cant seem t find the correct place to do it.
    Our principal is using money to build useless stuff like fountains, led boards. But then she doesnt replace the faulty PA equipment that has been used for a long time. To add to that, she scolds the PA comitte when there are problems during activities, they have requested a lot of times to change the equipment.
    Then there's our recently appointed cocurriculum head that thinks of students as workers, the uniforms.bodies are always requested to duty for sports events by.other schools. even though we reject he keeps insisting that we should go as we are representing the school. But that is not his main point , he just wants us to solve his problem. I am infuriated by this matter as we are attending school to study, not to work. And before.he came, we had koko activities every week, he then reduced it to 2 times per month, which is seriously not enough. It stunts the progress of our training for marching competitions.
    And he showed no example as an elder.
    these are his words'kamiyang bayar pelatih, bukan kamu, kamu takda kuasa dalam ini.
    it is very unrespectful to talk in such a way as a head of a section.
    And he threatens to inflict physical harm to students that are ignorant. for example he threatened to tears our clothes if we didn't tuck in. I know its a rule but isnt there a nicer way to do that?
    There are more things that I want to shed light to but I've not enough time to do so. I am in my final year,and i don't wish to see my school become anymore shitty when i come back.
    and a lot of problems that were.dealt with during pn joginder's supervision as principal came when the current principal, Pn loh guay Hiong, came and didn't care to pay attention to.
    Oh yeah, the koko teacher is encik Zaini

    ReplyDelete
  2. Hi there Mokubao, you can file your complaints to MOE's Customer Service (KPKPM) at 03-7723 7070. Thank you.

    ReplyDelete

Post a Comment