Search This Blog

Thursday, 31 May 2012

Makmal GTP 2.0 Berakhir


Seramai sembilan puluh warga KPM dari semua peringkat telah selesai melaksanakan tanggungjawab selama enam minggu bagi menghasilkan Pelan Transformasi Kerajaan dalam sektor pendidikan sejak 23 April lalu.

Bagi menghasilkan rangka kerja pendidikan sehingga tahun 2015, semua warga KPM yang terbabit telah dibahagikan kepada lapan kumpulan utama termasuk merangka pelan strategik promosi peningkatan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik.

Manakala tujuh subsektor yang lain ialah transformasi pendidikan teknik dan vokasional, kualiti guru, kepengetuaan dan guru besar, kurikulum, peningkatan pembelajaran bahasa Inggeris, persekitaran sekolah dan tranformasi KPM.

Dalam usaha mengubah sistem pendidikan yang berasaskan sekolah kepada sistem pembelajaran yang lebih menarik, peranan ibu bapa dan komuniti amatlah penting kerana setiap pelajar perlu disediakan iklim pembelajaran yang kondusif di peringkat komuniti dan rumah.

Sebagai  kumpulan sokongan yang berkesan, peranan komuniti juga adalah penting untuk menyediakan ruang pembelajaran selepas waktu persekolahan sama ada dengan menggunakan kemudahan-kemudahan prasana setempat, seperti dewan-dewan komuniti untuk menganjurkan tempat belajar secara berkumpulan, menyediakan buku-buku rujukan dan kelas-kelas bimbingan atau motivasi.

Peranan sektor swasta perlu dipertingkatkan bagi membantu para pelajar memperolehi bahan sokongan, membantu pihak sekolah dalam menyediakan peralatana manakala PIBG perlu berperanan sebagai agen perubahan dalam membantu pihak sekolah mengurangkan masalah ponteng, mengesani ibu bapa yang bermasalah, serta menjadi perantara dalam peningkatan iklim pembelajaran yang kondusif.



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

1 comments:

丐幫小子 said...

saya diberitahu oleh pihak pendidikan guru bahawa pengumuman kplspm ditangguhkan ke 11 jun. Namun 18 jun merupakan tarikh pendaftaran. hanya 1 minggu untuk para pelajar yang berjaya untuk membuat persiapan. Adakah ini masa yang cukup bagi mereka? persediaan barang serta tempat ataupun penempahan bas tiket diperlukan.harap pihak berkenaan boleh awalkan tarikh pengumuman yang seperti ditulis iaitu tarikh asal ialah 5 jun

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.