Search This Blog

Monday, 25 June 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011


Anugerah Kecemerlangan Sekolah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali diadakan pada tahun ini bagi memberi pengiktirafan kepada para guru dan pentadbir sekolah yang telah berusaha gigih dengan melaksanakan pelbagai perancangan dan strategi yang mantap demi kecemerlangan sekolah, serta menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan berkenaan berdasarkan indeks Gred Purata Sekolah (GPS).

Majlis yang diadakan khas untuk memberi penganugerahan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan berdasarkan pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Sufaat Tumin pada 17 Mei 2012 di Dewan Lembaga Peperiksaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Anugerah disampaikan dalam tiga kategori seperti berikut:-
  • Kategori 1: Sekolah yang mencapai GPS kurang daripada 1.50 dalam peperiksaan SPM 2011
  • Kategori 2: Sekolah yang menghasilkan sekurang-kurangnya 3% calon yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2011 
  • Kategori 3: Sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memenuhi kriteria berikut:-
  1. Berjaya menunjukkan peningkatan GPS sekurang-kurangnya 10% daripada GPS SPM 2010; 
  2. Bilangan calon melebihi 100 orang, dan 
  3. Menduduki tangga 200 terbawah bagi SPM 2010.
Pada majlis tersebut, Anugerah Khas Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2011 juga dianugerahkan kepada Puan Sharifah Afidah binti Syed Hamid, guru matapelajaran sejarah dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu diatas kegigihan dan pengorbanan bagi mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.  Beliau telah melaksanakan tanggungjawab mengajar 5 buah kelas bagi mata Pelajaran Sejarah SPM pada tahun 2011, dan daripada jumlah 119 murid, 91 orang telah mendapat gred A+, 25 mendapat gred A dan 3 dengan gred A-.
Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Peperiksaan SPM 2011 Kategori 1:
BIL.
SEKOLAH
1.
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
2.
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
3.
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
4.
Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya
5.
SM Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan
6.
SBPI Gombak, Selangor
7.
SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
8.
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
9.
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
10.
Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
11.
SM Sains Alam Shah, W.P. Kuala Lumpur
12.
SM Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan
13.
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak
14.
SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu

Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Peperiksaan SPM 2011 Kategori 2:
BIL.
SEKOLAH
1.
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
2.
SMK Infant Jesus Convent, Melaka
3.
Sekolah Tinggi Muar, Muar, Johor
4.
SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
5.
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
6.
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
7.
Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya
8.
SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan
9.
Sekolah Menengah Sains Labuan, W.P. Labuan
10.
SMK Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11.
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
12.
SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan
13.
SM Sains Bagan Datoh, Perak
14.
SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah
15.
SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang
16.
SMK Damansara Utama, Selangor

Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Peperiksaan SPM 2011 Kategori 3:
BIL.
SEKOLAH
1.
SMK St. Andrew, Muar, Johor
2.
SMK Jelapang Jaya, Ipoh, Perak
3.
SMK Miharja, W.P. Kuala Lumpur
4.
SMK Malim, Malim, Melaka
5.
SMK Pusa, Pusa, Sarawak
6.
SMK St Mark, Butterworth, Pulau Pinang
7.
SMK Taman Putri, Kulaijaya, Johor
8.
SMK Paduka Tuan, Segamat, Johor
9.
SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang
10.
SMK Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya, Selangor
11.
SMK Ayer Hitam, Ayer Hitam, Kedah
12.
SMK St. Mary, Sandakan, Sabah
13.
SMK Abi, Kangar, Perlis
14.
SMK Hutan Melintang, Hutan Melintang, Perak
15.
SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor
16.
SMK Matu, Matu, Sarawak
17.
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor
18.
SMK Bakti, Tasek Gelugor, Pulau Pinang



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

2 comments:

Admin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.