Search This Blog

Tuesday, 12 June 2012

Lawatan PM Ke Gerai KPM Suntik Semangat Pelajar


Meskipun hanya kurang dari lima minit YAB Perdana Menteri bersama para pelajar yang menyertai pameran sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Perindustrian Tinggi Kulim pada 8 Jun 2012.

YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa mencuba menghiasi kek cawan yang dihasilkan oleh para pelajar Sekolah Menengah Vokasional II, Sungai Petani, Kedah.

YAB Cuba Membuat Hiasan Kek
Orang ramai turut diberikan pendedahan mengenai bidang pengajian yang dilalui oleh para pelajar yang mengambil bahagian vokasional terutamanya dalam bidang bakeri, penyediaan makanan dan hiasan diri.

Kunjungan YAB Perdana Menteri itu berjaya menyuntik kegembiraan dalam kalangan para pelajar dan berjaya meningkatkan motivasi untuk belajar dengan lebih tekun bagi membuktikan bahawa aliran vokasional dan kemahiran mempunyai kebolehpasaran yang tinggi sebagaimana diharapkan bakal terhasil menerusi Tranformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sedang dilaksanakan oleh KPM.

YAB Perdana Menteri Menandatangani Buku Pelawat KPM

YAB Dihadiahkan Kek dan Biskut Yang Dihasilkan oleh Para Pelajar


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.