Search This Blog

Tuesday, 17 July 2012

PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG 2012



Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia telah menganjurkan Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang 2012-Sehari Bersama Perdana Menteri pada 12 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam ucapannya kepada lebih 1,500 Guru Cemerlang dari seluruh negara menyeru Guru Cemerlang mencabar diri untuk berusaha menerapkan kemahiran berfikir yang tinggi kepada para pelajar supaya mereka boleh berfikir dengan tajam, mendalam, kreatif dan inovatif selaras dengan keperluan pekerjaan masa kini dan hadapan. 

Selaku Menteri Pelajaran yang memperkenalkan konsep Guru Cemerlang pada tahun 1995, Perdana Menteri menegaskan peranan Guru Cemerlang sebagai guru yang kekal mengajar dalam bilik darjah dan mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain untuk bersama-sama bersaing meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah masing-masing.

Perhimpunan yang bertemakan ‘Guru Cemerlang Inovatif Merealisasikan Transformasi Pendidikan’ adalah selaras dengan objektif perhimpunan untuk menyatukan gagasan pemikiran Guru Cemerlang agar seiring dengan agenda transformasi pendidikan negara kearah meningkatkan kualiti pendidikan.

Perdana Menteri turut melancarkan majalah Wadah Siswa di majlis yang juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud.



  



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.