Tiga puluh negara dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa World Robotic Olympiad (WRO) 2012 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Piramid selama tiga hari bermula hari ini.
Malaysia akan disertai oleh 150 orang peserta dan 50 orang guru di samping penyertaan daripada 24 orang peljar dan lapan orang guru dari MARA dan Permata Pintar.
Penyertaan daripada peserta antarabangsa meliputi 1,241 orang yang diiringi oleh 347 jurulatih dari 29 buah negara.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 10 November 2012.
Pertandingan ini akan diadili oleh seramai 100 orang juri dari dalam dan luar negara.
Pertandingan robotik ini dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu Kategori Litar Sekolah Rendah (Robot Organizer); Sekolah Menengah Rendah (Robot Columbus); Sekolah Menengah Atas (Robot Van Gogh), dan terbuka bagi Sekolah Rendah, , Menengah Rendah, dan Menenga Atas dalam kategori Robot Connecting People serta Kategori Litar Soccer Gen II.
Sepanjang pertandingan tersebut, sejumlah 35 buah gerai akan mempamerkan teknologi robot terkini dari seluruh dunia bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai dunia robotik.
Sebagai aktiviti kokurikulum, robotik merupakan aktiviti yang berteraskan sains, teknologi dan ICT yang bakal membangkitkan minat para pelajar untuk mempelajari sains dan menguasai pemikiran saintifik.
Beberapa hari lalu, Menteri Pelajaran bercadang untuk memberikan insentif kepada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka agar mempelajari sains bagi membantu realisasi matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan jumlah pelajar sains ke tahap 60 peratus.
Berdasarkan pengalaman Malaysia menjadi tuan rumah Pertandingan F1 peringkat antarabangsa pada tahun 2008 dan 2011, negara ini telah ditempatkan sebagai hub pendidikan rantau Asia yang penting dan pusat kecemerlangan pendidikan berkualiti.
Pertandingan WRO pada tahun 2011 diadakan di Abu Dhabi, UAE di mana sebanyak 380 buah pasukan bertanding dan Malaysia disertai oleh 18 pasukan.
Pasukan Malaysia memperoleh 3 pingat iaitu masing-masing satu emas, perak dan gangsa di samping anugerah khas Best Technical (Primary) dan enam Anugerah Kecemerlangan (Excellence Award).
SMK USJ 4, Subang Jaya memenangi pingat emas dalam Terbuka (Sek. Men. Rendah), SMJK Chung Ling, Pulau Pinang pingat perak (kategori terbuka Sek. Men Atas) dan SMK Keat Hwa 2, Alor Setar pingat gangsa (kategori Sek Men Atas).
Kategoti Terbuka (sekolah Rendah) di menangi oleh SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur dalam kategori Best Technical Awarad manakala Excellence Award (Sekolah Rendah) dimenangi oleh SJKC Tampoi (Johor) tempat ke-4, SJKC Khai Mun Pagi (Bentong, Pahang) tempat ke-5 dan SJKC Jalan Davidson (Kuala Lumpur) tempat ke-7.
Comments
Post a Comment