Search This Blog

Thursday, 1 November 2012

SEKOLAH DALAM HOSPITAL


Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang dimanfaatkan oleh 6,550 pelajar murid sejak dilaksanakan pada Julai 2011, akan diteruskan dengan kewujudan empat lagi SDH iaitu Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Empat SDH tersebut adalah tambahan kepada tiga SDN perintis sedia ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, berkata demikian di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) pelaksanaan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital (SDH) antara PPUKM , HUSM dan Yayasan Nurul Yaqeen dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada 12 Oktober 2012.   Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Dr. Rosli Mohamed menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak KPM.


Hadir sama ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, selaku Penanung  SDH.  Seramai 9 orang guru dan 2 Pembantu Pengurusan Murid telah dilatih dan ditempatkan di PPUKM dan HUSM. Objektif pelaksanaan SDH adalah untuk memastikan murid yang mempunyai masalah kesihatan dan menerima rawatan yang berpanjangan di hospital mendapat akses kepada pendidikan dan tidak ketinggalan dalam Pelajaran.





Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.