Search This Blog

Thursday, 20 December 2012

70 PRASEKOLAH PENERIMA GERAN PERMULAAN PRASEKOLAH SWASTA DIBAWAH NKRA PENDIDIKAN


Tujuh puluh buah prasekolah swasta di bawah NKRA 2012 menerima geran permulaan berjumlah RM 10,000.00 bagi setiap prasekolah di majlis anjuran Bahagian Pendidikan Swasta, KPM yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 8 Ogos 2012 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. 

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata majlis tersebut merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam merealisasikan objektif Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan iaitu Sub NKRA Prasekolah, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam mengkotakan apa yang telah dirancang dalam Program Transformasi Kerajaan, dengan penekanan kepada Gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. 

Menurutnya, KPM telah meletakkan pendidikan awal kanak-kanak atau Prasekolah sebagai agenda utama pendidikan negara kerana menyedari keberkesanan pendidikan awal dalam perkembangan kognitif dan psikomotor seseorang kanak-kanak. Atas kepentingan tersebut, pendidikan awal kanak-kanak telah dijadikan salah satu sub NKRA dalam bidang pendidikan dalam tempoh GTP 1.0 (2010-2012) dan seterusnya dalam GTP 2.0 (2013-2015) dengan penambahbaikan dan penekanan dalam aspek kualiti disamping meluaskan akses terutama di tempat-tempat yang belum mempunyai kemudahan pendidikan prasekolah. Dalam sub NKRA ini, sasaran utamanya adalah untuk meningkatkan kadar enrolmen kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+ tahun dari 69 peratus pada akhir tahun 2009 kepada 87 peratus menjelang tahun 2012 dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran 1, Dato’ Dr. Rosli Mohamed, Ketua Setiausaha KPM, dan Tan Sri Abd. Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama antara 70 penerima geran permulaan di bawah NKRA 2012



Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menerima cenderahati daripada wakil murid Tadika St. Ronan, Kuala Lumpur.


Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.