KEJAYAAN ATLET MURID KPM DI 4TH ASG DIRAIKAN



Majlis Meraikan Kejayaan Atlet Murid Kementerian Pelajaran Malaysia di 4th ASEAN Schools Games (4th ASG) pada 28 Jun hingga 6 Julai 2012 di Surabaya, Indonesia telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud di majlis berbuka puasa pada 2 Ogos 2012 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.  Malaysia telah memperolehi tempat ketiga keseluruhan dengan pungutan 29 pingat emas, 36 pingat perak dan 35 pingat gangsa. Atlet-atlet yang diraikan turut menerima insentif penghargaan berupa jam tangan, baju-T, sijil penghargaan dan cenderamata dari pihak MILO.

Turut diraikan ialah atlet murid yang bertanding dalam Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Asia dan ASIAN Rugby Junior Sevens 2012. 

Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud menerima cenderamata dari wakil atlet

Para atlet bergambar bersama Tan Sri Abd Ghafar Mahmud



Unit Komunikasi Korporat 
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments