Search This Blog

Friday, 14 December 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

 

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2012

 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2012 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Disember 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2012 telah berlangsung pada 9, 10, 11, 15 dan  16 Oktober 2012. Seramai 481,424 orang calon telah menduduki PMR  pada tahun ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 19 Disember 2012 dan akan ditamatkan pada 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
12 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.