Search This Blog

Tuesday, 10 September 2013

Guru redah sungai 12 kilometer ke sekolah

Abdul Mallik begitu cekal menyeberangi sungai untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru
KERALA, India - Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.

Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.

Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.

"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.

"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.

Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.

Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). - Agensi

2 comments:

sibarasok.com said...

Tauladan guru yang baik....

Joyful Junior said...

seorang pendidik yang sanggup untuk menghadapi cabaran yang besar dengan menyeberang sungai untuk ke sekolah pada masa yang tepat demi para anak didik..

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.