Search This Blog

Monday, 1 December 2014

Usia tidak halang terima PhD (Utusan Malaysia 24 November 2014)

YUSSOF LADI (dua dari kanan) bersama tiga lagi graduan yang menerima anugerah sempena Konvokesyen UMS di Kota Kinabalu, Sabah.
KOTA KINABALU 23 Nov. – Faktor usia bukan penghalang mencipta kejayaan yang lebih gemilang malah boleh dijadikan pemangkin untuk melakukan yang terbaik dan seterusnya merea-lisasikan usaha bagi menyumbang bakti dalam bidang akademik.

Begitulah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Yussof Ladi, 61, apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang komunikasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau yang ditemui di majlis Konvokesyen UMS kali ke-16 menyatakan tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi meskipun telah mema-suki usia warga emas.

Menurutnya, tekad meneruskan pengajian pada usia yang semakin lanjut adalah kerana percaya pada prinsip proses pembelajaran seumur hidup.

“Ilmu perlu diteroka dan dicari sepanjang hayat. Berpegang kepada prinsip ini, saya meneruskan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan menjayakan impian untuk menyumbang khidmat dalam bidang akademik,” katanya yang ditemui, di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas pegawai di Jabatan Penerangan Brunei memilih untuk melanjutkan pelajaran di UMS kerana lokasi ne-geri ini yang berjiran dengan negara kelahirannya.

Menurutnya, dengan ijazah yang diperolehnya, beliau bertekad untuk menyumbang bakti kepada masyarakat menerusi penulisan buku ilmiah dalam bidang komunikasi.

“Saya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang ini melalui kajian berhubung Perkembangan dan Kebebasan Akhbar di Brunei.

“Dengan sedikit ilmu yang ada ini, saya berhasrat menerbitkan buku berbentuk ilmiah bagi memberi manfaat kepada orang ramai,” tambahnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/usia-tidak-halang-terima-phd-1.28518#sthash.7RGu8eWi.dpuf

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/usia-tidak-halang-terima-phd-1.28518#sthash.7RGu8eWi.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.