Rangkuman Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) kali ke-49


JAKARTA: Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) kali ke-49 dibuka dengan rasminya di sini pada 24 Julai 2017.

Pembukaan persidangan dua hari yang diadakan secara dwitahunan itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Indonesia, Muhadjir Effendy.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

SEAMEC yang disertai kira-kira 200 delegasi dari 14 negara itu bertujuan meningkatkan kerjasama yang lebih kukuh mengenai pendidikan dalam kalangan negara ASEAN.

Antara acara yang menjadi sorotan pada persidangan itu ialah Dialog Strategik Menteri Pendidikan (SDEM) mengenai Agenda Pendidikan 3 dengan tema kali ini 'Memastikan Pendidikan Inklusif dan Kualiti Saksama Serta Mempromosikan Peluang Jangka Hayat Pembelajaran untuk Semua Generasi'.

Comments