KEPUTUSAN UPSR 2010 DEKATKAN JURANG PENCAPAIAN PELAJAR BANDAR DAN LUAR BANDAR

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada jam 9.00 hari ini jelas menunjukkan jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar menjadi semakin dekat .

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abdul Ghafar Mahmud, peratus pencapaian pelajar yang mendapat semua A di kawasan bandar ialah 11.4 manakala pelajar luar bandar ialah 8.28.

Perbezaan sebanyak 3.15 peratus ini menggambarkan jurang pencapaian menjadi semakin dekat antara bandar dan luar bandar.

"Pencapaian calon cemerlang luar bandar pada tahun ini meningkat sebanyak 0.8 peratus. Bagi calon cemerlang bandar juga meningkat sebanyak 0.35 peratus. Peningkatan ini telah merapatkan jurang pencapaian calon antara bandar dan luar bandar.

"Pencapaian calon di bawah tahap penguasaan minimum di luar bandar juga telah menurun, manandakan pencapaian calon luar bandar juga semakin baik. Peningkatan pencapaian calon juga dapat dilihat secara keseluruhan melalui nilai GPN (Gred Purata Nasional) yang mengecil iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.05 bagi luar bandar," jelas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang mula memegang jawatan itu pada hari Isnin lalu (8/11).

Pada tahun lalu, seramai 482,334 pelajar menduduki UPSR dan jumlah tersebut adalah berkurangan sebanyak 24,286 calon berbanding tahun 2009 yang boleh disifatkan sebagai kesan kedududan ekonomi negara pada tahun 1998.

Pada tahun 2009, seramai 506,620 pelajar menduduki UPSR manakala pada tahun 2008 ialah seramai 507,320 dan 2007 seramai 500,770. Kohort pelajar yang menduduki UPSR pada tahun 2010 merupakan yang terendah dalam tempoh 4 tahun.

Pada tahun 1998, Malaysia mengalami suasana politik yang kurang stabil dan penurunan nilai matawang yang merosot hingga ke tahap 40 peratus dari nilai sebelumnya. Kemerosotan nilai mata wang tersebut telah menyebabkan lebih ramai pasangan menangguhkan perkahwinan mereka.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut boleh membantu kita memahami kenapa berlaku kemerosotan bilang calon yang mengambil UPSR pada tahun ini. Meskipun perangkaan tersebut hanyalah menggambarkan situasi dalam masyarakat Islam, ia boleh membantu kita memahaminya.

Pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini merupakan mereka yang lahir pada tahun 1998, yang sebahagian besarnya adalah daripada jumlah pasangan yang berkahwin pada tahun 1997 ataupun awal tahun 1998. Pada tahun 1997, seramai 96,874 pasangan berkahwin manakala pada tahun 1998 ialah 92,972 pasangan.

Jumlah pasangan yang berkahwin pada tahun 1997 dan 1998 mengalami penurunan yang besar berbanding jumlah pasangan yang berkahwin pada tahun 1996 (104,856) dan 1995 (106,624).

Kadar pertambahan semula jadi penduduk pada tahun 1997 dan 1998 juga turut menunjukkan penurunan iaitu masing-masing 20.4 peratus dan 18.8 peratus.

Kadar kasar kelahiran juga turut menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus pada tahun 1998 kepada 23.5 peratus berbanding pada tahun 1997 berada di tahap 24.8 peratus.

Jumlah pelajar yang mencapai keputusan semua A telah bertambah sebanyak 156 pelajar kepada 48,327 berbanding tahun 2009 seramai 48,171.

Sejumlah 310,605 (64.4 peratus) orang pelajar mencapai tahap mininum hingga cemerlang pada tahun 2010 dan ini merupakan peningkatan sebanyak 1.37 peratus berbanding pada tahun di tahap 63.03 peratus.(akh)11/11/2010.


Comments

  1. Salam..

    Terlebih dahulu, tahniah kepada semua warga pendidik yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan agenda pendidikan negara. Memang tidak dapat dinafikan, pendidikan negara kita pada asasnya berpaksikan pada penilaian dan peperiksaan. DAn sejak kebelakangan ini banyak usaha telah dibuat oleh KPM untuk mengurangkan 'impak' peperiksaan kepada pelajar kita.Antaranya ialah PBS. Iainya satu keadah yang baik. Cuma ianya perlu direformasikan kembali. Saya amat berminat dan menjadi kritikal apabila membincangkan isu-isu peperiksaan dalam pendidikan negara kita. Salah satu isunya ialah bagaimana pengelolaan penilaian & peperiksaan sekolah. Banyak aspek dari pengurusan dan pengendalian peperiksaan di sekolah yang sudah lapuk dan tidak mengikut lunas-lunas/tatacara peperiksaan. Salah satu contohnya ialah pemeriksaan kertas objektif. Saya masih ingat lagi, sewaktu saya di bangku sekolah (1975-1987, saya pernah lihat bagaimana cikgu saya menanda kertas objektif, iaitu membuat lubang jawapan pada satu salinan kertas jawapan dan kemudian diletakkan pada kertas jawapan murid, maka lubang jawapan yang mengena pada jawapan betul murid akan ditanda. Itu zaman 70an dan 80an. Dan kemudiannya bila saya jadi cikgu, 90an dan kini, begitu juga. Di kala kita berbangga dan berkokok dengan sekolah premier, sekolah itu sekolah ini, sekolah Bestari ICT/TMK dan bermacam macam agenda...saya rasa perkara perkara sebegini terlepas pandang. Bagi saya, perkara perkara asas/basic begini la yang sebenarnya boleh menjadi sebahagian dari nilai tambah pendidikan di negara kita. Contoh klasik yang lain ialah sistem pemerosesn markah di sekolah sekolah. Sejak kebelakangna ini banyak program dijual oleh swasta dengan kos yg mahal juga. Bagi sekolah yang mampu atau sekolah menengah, tak menjadi masalah, tetapi bagaimana pula sekolah2 rendah, sekolah2 luar bandar dan sebagainya? Kemudian pembekal2 swasta ini pula mengenakan berbagai syarat sekiranya hendak diupgrade program mereka ini, salah satunya penambahan kos. Pandangan saya mungkin jumud dan stereotaip sahaja kerana saya tidak tahu situasi sekolah2 di Semenanjung Malaysia atau di Sarawak. Tidak boleh kah para cerdik pandai di KPM membangunkan satu aplikasi percuma untuk sekolah-sekolah? Kenapa harus dibeli?? Saya amat kagum dengan berbagai bagai sistem online, offline dan semua aplikasi yang dibangunkan oleh KPM dan kerajaan. Contohnya, tempoh hari sistem online untuk NKRA KPM, cukup senang dan canggih, sistem online peperiksaan LPM untuk PMR dan SPM (untuk isi markah kerja kursus dan markah percubaan) dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya kepakaran dan 'bendanya' ada, sudah ada, memang ada..jadi kenapa lah tidak ada satu usaha yang meyeluruh dalam aspek memantapkan pengurusan dan pengendalian penilaian dan peperiksaan yang SISTEMATIK? Yang ironinya, banyak guru (atau semua guru)cyang bertungkus lumus mengajar, dan matlamat utamanya ialah untuk melihat anak muridnya berjaya dalam PEPERIKSAAN, tetapi dalam aspek pengurusan penilaian & peperiksaan, SIFAR. Begitu juga pihak pengurusan sekolah yang mahukan kejayaan gemilang dalam peperiksaan, tapi cuba pergi tengok bagaimana peperiksaan diuruskan? Tanya apa dia UPPS pun, belum dapat jawab...sia2 sahaja LPM hantar prosedur manual pengurusan peperiksaan, kalau prosedur setakat tinggal prosedur, tiada khidmat nasihat, tiada bantuan dan sokongan teknikal dan kewangan.
    Saya berpendapat daripada kita mendongak ke langit mengejar benda2 yang bukan2 dalam agenda pendidikan negara dengan belanja yang berjuta... bagus kita tunduk sedikit tengok ke bawah untuk mengukuhkan asas.

    MIAG
    icemailer2000@yahoo.com

    ReplyDelete

Post a Comment