PESERTA PROGRAM FULBRIGHT ENGLISH TEACHING ASSISTANT (ETA) KUNJUNG HORMAT KPM

Seramai 50 peserta program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) dari Amerika Syarikat membuat kunjungan hormat ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya pada 20 Januari 2012.   Kumpulan peserta tersebut yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Januari 2012 akan ditempatkan di 50 buah sekolah di negeri-negeri Johor, Pahang dan Terengganu selama 10 bulan mulai Januari hingga November 2012.

Sebelum itu, semua peserta program menghadiri satu program orientasi anjuran bersama pihak Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia dan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) pada 5  hingga 19 Januari 2012.  Mereka juga akan menghadiri program orientasi di peringkat negeri sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan.

Turut hadir di perjumpaan tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Eksekutif MACEE, Dr James Coffman, serta pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia dan MACEE.



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments