FINALE WIND ORCHESTRA SBP KE-XIV/2012

Finale Wind Ochestra Sekolah Berasrama Penuh Penuh Ke-XIV/2012 telah diadakan pada 1 Julai 2012 bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Pertandingan akhir tersebut yang telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku  Panglima  Besar Kedah  Dato’ Seri  DiRaja Tan Sri Tunku  Puteri Intan  Safinaz binti Tuanku Abdul  Halim Mu’adzam  Shah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah disertai oleh lapan buah pasukan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan,  Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.


Lapan buah SBP yang terlibat ialah Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Selangor, Sekolah Sri Puteri, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Dato’ Abdul Razak, SM Sains Kuching, SM Sains Sultan Mahmud dan SM Sains Machang. 

SM Sains Selangor muncul sebagai johan pertandingan, diikuti dengan Sekolah Sultan Alam Shah selaku naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh SM Sains Machang.



Penganjuran Finale Wind Orchestra ke-XIV yang mendapat sokongan daripada pihak Fakulti Muzik UiTM selaku panel penasihat pertandingan dan penaja peralatan JS Music Sdn. Bhd. Telah memaparkan persembahan yang amat membanggakan dan ditambah pula dengan sokongan  peralatan acoustic panel yang memberi kesan bunyi yang baik.




Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments