PENGANJURAN PAMERAN OLEH PUSPANITA KPM SEMPENA MAJLIS KUNJUNGAN NOSTALGIA TUN DR. SITI HASMAH MOHAMAD ALI


Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dibawah kelolaan Pengerusi Induk PUSPANITA KPM, Datin Hajah Rohana Abdullah telah menganjurkan pameran bersempena majlis kunjungan nostalgia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengasas PUSPANITA di program 30 tahun PUSPANITA pada 18 Oktober 2012 di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose, Kuala Lumpur. Pameran yang dilaksanakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK), KPM dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia, PUSPANITA Kebangsaan dan Jabatan Filem Negara telah mempamerkan program dan aktiviti dalam bidang kebajikan, sukan, pendidikan, sosial dan antarabangsa sepanjang penglibatan Tun Dr. Siti Hasmah sebagai penaung PUSPANITA menerusi koleksi foto dan visual.


Turut dipamerkan ialah maklumat mengenai PUSPANITA termasuk sejarah penubuhannya, pelancaran rumah PUSPANITA dan PUSPANITAPURI, pakaian seragam sejak 1983 hingga 2011 serta keratan akhbar mengenai PUSPANITA sepanjang 30 tahun. Turut dipamerkan ialah aktiviti PUSPANITA KPM.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa, Yang DiPertua PUSPANITA KEBANGSAAN, Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah dan Pengerusi Induk PUSPANITA KPM, Datin Hajah Rohana Abdullah.

Selain pameran, majlis turut melancarkan Dana Kesukarelawan, LTP dan aktiviti PUSPANITA serta persembahan tarian dan nyanyian oleh ahli-ahli PUSPANITA. 


PUSPANITA KPM turut terlibat dalam Majlis Kunjungan Mesra Yang DiPertua PUSPANITA KEBANGSAAN, Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah sempena Ekspo Wanita Sepakat Negara Meningkat pada 9 November 2012 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Program dibawah kelolaan Datin Rohana Abdullah, Pengerusi Induk PUSPANITA KPM merangkap Pengerusi Bersama Majlis Kunjungan Mesra turut dimeriahkan dengan aktiviti pameran, kiosk pemeriksaan kesihatan, pertandingan, keusahawanan, dan khidmat nasihat bahasa.

Pameran PUSPANITA KPM yang dilaksanakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh UKK, KPM menduduki tempat ketiga pameran terbaik di majlis tersebut.



Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments