Terpinggirkah GSTT?

Terdapat tanggapan yang tidak betul bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memberikan perhatian khidmat dan sumbangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Tanggapan itu sebenarnya lebih merupakan tanggapan peribadi guru yang terlibat kerana memikirkan akan adanya tawaran secara automatik untuk diserapkan ke jawatan guru. Mereka beranggapan bahawa setelah berkhidmat sebagai GSTT maka peluangnya untuk menjadi guru terlatih lebih mudah atau tidak perlu bersaing secara saksama dengan calon lain yang turut memohon.

Seharusnya, seseorang yang diterima bekerja sebagai GSTT perlu sedar dan faham, mereka hanya dibayar elaun dan bukan gaji. Elaunnya berdasarkan jumlah hari bekerja dan tempoh tertentu. Jika tempoh yang dilaluinya itu adalah pendek, iaitu memenuhi kekosongan sementara di sesebuah sekolah kerana pelbagai faktor, secara jelasnya perkhidmatan itu hanya untuk menampung keperluan semasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan jaminan bahawa setelah tamat tempoh bertugas sebagai GSTT, akan terus diterima untuk menjalani latihan perguruan sebelum layak ditawarkan sebagai seorang guru terlatih.

Seseorang yang berhasrat menjadi guru perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan syarat tersebut tidak termasuk pernah bertugas sebagai GSTT. Antara syarat wajib ialah melepasi tahap kelulusan minimum untuk memohon kemasukan ke program Diploma Perguruan ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Setelah mengemukakan permohonan, pihak KPM membuat tapisan bagi memilih mereka yang terbaik sebelum dipanggil menduduki peperiksaan scholastik. Setelah lulus ujian tersebut, mereka akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan temuduga itulah akan menentukan sama ada seseorang terpilih atau tidak ke program latihan perguruan yang ditetapkan.

Perlu disedari bahawa seseorang yang memilih kerjayanya sebagai seorang guru mestilah mempunyai nilai dan memenuhi kriteria tertentu. Dalam membuat pilihan itu, KPM yang mempunyai jumlah permohonan yang ramai, maka mereka yang benar-benar memenuhi syarat dan lulus dalam temuduga akan ditawarkan. Tentunya, kalaulah bekas GSTT yang mempunyai kelayakan, melepasi ujian saringan dan lulus temuduga, ia akan turut terpilih, jika ikut membuat permohonan setelah tawaran iklan berkenaan dikeluarkan.

KPM membuat ketetapan sedemikian kerana kerjaya perguruan bukanlah satu bentuk kerjaya yang boleh dianggap memadai dan senang. Seseorang guru mestilah mempunyai nilai sahsiah yang baik kerana tanggungjawabnya adalah mendidik para pelajar. Harus disedari bahawa pendidikan secara holistik bukan hanya sekadar menyampaikan pengetahuan berdasarkan kurikulum, tetapi turut melibatkan aspek tingkahlaku, kemahiran bersosial dan keadaban. Tugas guru ialah membina modal insan untuk memenuhi keperluan negara dan bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan.

Kualiti pendidikan tidak hanya diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Ia turut mengambil kira cara seseorang itu memimpin para pelajar dan impak bimbingan yang diberikan sehingga mampu melahirkan seorang yang benar-benar memahami makna terpelajar. Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, tidak pula bermakna GSTT tidak mempunyai kualiti yang diharapkan, tetapi pengalaman tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai satu kelebihan dan keistimewaan, ia masih bergantung kepada syarat asas yang ditetapkan.

Memangnya KPM memerlukan khidmat GSTT, kerana itu adalah penyelesaian jangka pendek apabila menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Apabila guru terlatih dilantik, ia dengan sendirinya menunjukkan tidak ada kekosongan berlaku, maka KPM berhak untuk menamatkannya. KPM tidak pernah menafi atau meminggirkan khidmat bakti GSTT dan kerana itulah dibayar elaun selayaknya sepanjang perkhidmatannya.

Memang ada kes di mana GSTT diberikan peluang untuk dilantik sebagai guru terlatih, iaitu setelah berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk mendapat latihan Kursus Dalam Cuti, sama ada di peringkat KPLI ataupun ditawarkan ke kursus Sarjana Muda Perguruan sepenuh masa selama 5 tahun jika belum mempunyai ijazah pertama. Malah yang lebih penting ialah mata pelajaran yang dipilih atau mempunyai kelebihan pada peringkat kelayakan asas. Jika matapelajaran tersebut dalam kumpulan mata pelajaran kritikal, peluangnya mungkin lebih mudah. Sebaliknya, jika mata pelajaran bukan dalam kumpulan kritikal, ia akan menjadi lebih sukar untuk ditawarkan mengikuti kursus perguruan selanjutnya.

KPM perlu membuat pilihan yang betul dan terbaik, kerana tanggungjawab membina modal insan bukanlah mudah sebagaimana difikirkan oleh sesetengah orang. Kelulusan yang baik bukanlah melambangkan kita sudah memadai, modal yang insan yang kita perlu hasilkan ialah mampu bersaing, kreatif, mempunyai ketahanan mental dan fizikal, sahsiah yang bertepatan dengan nilai keinsanan manusia serta inovatif.

Comments

  1. Salam.
    Setuju 100% dengan artikel ini.Ke arah melahirkan generasi guru yang profesional =)

    ReplyDelete
  2. GSTT yang dah bertugas sekurabg-kurangnya 3 tahun eloklah diberi peluang kepada mereka untuk menjadi guru tetap. Tempoh 3 tahun ke atas dengan menyandang profession guru yang hanya berstatus sementara boleh menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam individu itu kepada profession ini.
    Mereka yang berminat lebih mudah dilatih berbanding mereka yang hanya sekadar nak bekerja untuk duit semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Hairan dengan GSTT yang beriya-iya meminta mereka diberikan tempat yang tetap dalam pendidikan walhal semasa belajar dulu tidak langsung memandang jurusan pendidikan.Ramai lagi GSST, pelajar DPLI dan KPLI yang lebih layak. Mereka ini lebih menunjukkan minat dlm bidang pendidikan. Bertimbang rasa lah...

    ReplyDelete
  4. Jika cadangan pengomen 'hantar' diguna pakai, maka tamatlah riwayat maktab-maktab perguruan dan aliran pendidikan di universiti!

    ReplyDelete
  5. saya setuju sangat dengan hazwani hashim...
    pendapat "hantar" sememangnya x boleh terima pakai..
    kena ikut prosedur betul bru bleh jd GST

    ReplyDelete
  6. Salam.
    hanisramly : thumbs up =)

    ReplyDelete
  7. memanglah perlu mengikut saluran yang betul, tapi kalau saluran yang betul pun banyak dipengaruhi 'kabel' susah juga. ada Gstt yang diperah keringat malah mengajar lebih masa berbanding gst. kerja yang sepatutnya diserahkan pada gst dilambakkan kepada gstt. Bila tak diperlukan dicampakkan saja macam sampah. Wajar ke? memanglah faktor rezeki itu satu hal, tapi pengalaman yang dikutip bukan calang2. malah ada guru gstt yang lebih baik menjalankan tugas berbanding guru kpli yang belajar teori dan beberapa bulan praktikal. Janganlah bagi komen yang bias. Gstt pun ada harga diri juga.

    ReplyDelete
  8. dah la tu...bagi pendapat yg positif jer. tak baik. buat solat hajat, jawab mtest elok2, jawab temuduga dgn baik. insyallah dapat jadi guru.

    ReplyDelete
  9. Salam.
    To Princess Niea :

    Ingatkan pekerja TNB aje yang pasang kabel, rupanya cikgu pun ada gak...hahahaha memang lawak.

    Tapi ingat la ye :
    "Tiada kabel yang berkuasa melainkan Allah S.W.T"

    ReplyDelete
  10. Tanamkan niat yg ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Sebagai guru GSTT saya tetap bersyukur dengan peluang yg diberi!! insyaAllah rezeki itu akan sentiasa bertambah andai kita bersyukur.

    ReplyDelete
  11. Masa belajar di IPT, sesetengah org belagak bagai nak rak sebab dapat kos profesional kononnya bakal dapat gaji yang lumayan selepas bergraduan. Tapi selepas bergraduan, terkapai2 mencari kerja sehingga akhirnya kerajaan MEMBANTU penganggur2 profesional ini dengan GSTT. Namun, seperti tidak bersyukur dek kerana kerja yang beban dan pelbagai andaian yang dibuat sehingga menafikan hak mereka yang berhempas pulas untuk mendapatkan nasi drpd periuk yg ditanak selama 4 atau 5 tahun. wajarkah menghukum kerana KABEL sehingga hak itu dinafikan? Setiap orang berperanan dalam membangunkan negara Malaysia yang tercinta. Harap maklum.

    ReplyDelete
  12. salam..
    maaf kalau bertanya..nak buat permohonan untuk GSTT macam mana yea??

    ReplyDelete
  13. mizz_ma:
    awak g PPD daerah awak nak mengajar. Isi form GSTT, then hntar kat PPD if awak nak mengajar sekolah rendah. if awak nak mengajar kat sekolah menengah, hntar terus ke sekolah yg awk nak mengajar tu.

    Apa-apa pendapat yang diberi, jangan la terlalu mengutuk. Bak kata org, hari ini hari orang lain kena, esok hari ko belum tahu lagi masa depan ko. Mana la tau, ko yang dah jadi GST, bila-bila masa Tuhan boleh tarik keistimewaan yang ko dah dapat tu. Sendiri mau ingat lorrr..Kun faya kun..

    kepada GSTT, teruskan perjuangan anda. Bekerja bukan hanya mengharapkan imbalan yang diberi oleh pihak tertentu. Biarlah Tuhan saja mengetahui niat murni kita untuk mendidik anak bangsa kita tanpa mengharapkan balasan. Walaupun kadang-kadang harta benda tergadai semata-mata untuk memberikan yang terbaik kepada anak bangsa. Ingatlah balasan dari Tuhan tidak ternilai harganya. Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman saya, kerana pengorbanan yang diberikan, saya tidak pernah merasa kekurangan. Rezeki dari Tuhan sentiasa ada bagi orang yang ikhlas dalam pekerjaan mereka.

    Bila DPLI and KPLI nak open permohonan ek?

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan 'hantar'. Pengalaman 3 tahun bekerja sebagai GSTT itu pasti ada pemberatnya semasa mengisi ruangan 'pengalaman kerja' dalam borang permohonan KPLI/DPLI. Ia seolah-olah latihan praktikal selama 3 tahun. Namun tidak dinafikan ilmu teori asas pendidikan juga adalah penting.Disinilah peranan maktab dan institusi pendidikan perguruan. Pihak KPM perlu lihat juga permasalahan ini kerana Kementerian lain juga ada pekerja kontrak yang diserap tetap. Mereka juga bukan calang-calang bidang profesionalnya dalam negara.Juga menyumbang kepada pembinaan insan rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    ReplyDelete
  15. isu gstt dari dulu lagi dh bangkit, tapi hakikatnya kita tinggal dibumi allah ini seharusnya lah kita kongsi bersama kenikmatan yang allah telah berikan pada kita..jgnlah kita DOK mnyalahkan antara satu sama lain.jgnlah kitajdi sperti kaum jahilliah dahulu.jika mempunyai matlamat utk mendidik anak bangsa kerajaan dah bagi landasan nya..so kita kenalahikut landasan yang telah ditetapkan. klo kita betul2, berkeazmaan, ada kewibawaan sebagai seorg guru, ada kelyakan mohon shja. i'Allah ada ruang dan pluang utk kita.apa yang penting jgn putus asa.

    ReplyDelete
  16. Hmmm..mcm mn plak kalau kakitangan awam(bkn guru) yg ada ijazah pendidikan minat nk jd guru..bleh ke mohon?camne ye?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Princess Niea jangan lah terlalu beremosi.. kalu ade rezeki Insyaallah diserap jugak menjdi guru .. Allah dah tentukan semuanya.... rezeki kita ade dimana mane kalu kite berusaha insyaallah dapat.. =)

    ReplyDelete
  19. tapi sebagai guru pelatih saya tak nafikan yg saya merasakan GSTT adalah ancaman pada kami..itu sahaja.. 5 tahun sebagai guru peltih bukan setahun dua.. =)

    ReplyDelete
  20. setiap org mempunyai rezekinya msing2.. percaya pd rezeki.. sya sbg GSTT bekerja dgn ikhlas dn berharap dpt mneruskan perjuangan dlm aliran ini.. sesungguhnya niat itu lah yg menentukan kejayaan seseorang.. :D

    ReplyDelete
  21. Boleh nak serap GSTT tapi perlu berlandaskan pada apa yang KPM tawarkan. Banyak dah KPM beri peluang. DPLI, KPLI kan ada, lagi pun pihak KPM dah tawarkan borang permohonan KDC sek rendah. xdapat tu maknanya bukan rezeki lagi la, xpayah la nak desak KPM ambil semua. GSTT perlu la bersaing sesama mereka.. Mana adil nak serap semua. Kami GST pun ade persaingan, tidak semua GST tu berjaya. Kelayakan + pengalaman penting.

    ReplyDelete
  22. gstt yang mempunyai ijazah pendidikan pun masih tak dapat tempat mengajar...seharusnya kpm perlu lebih peka dengan graduan pendidikan dari ipts..mereka juga dari bidang pendidikan yang belajar 4- 5 tahun untuk dapat ijazah pendidikan tetapi hanya layak jg GSTT (ITU PUN KALAU NEGERI ITU MEMBUKA GSTT KALAU TAK JADI GURU GANTI SAHAJA). bila hantar permohonan dengan mudah KPM bagi alasan memberi peluang pada graduan pendidikan ipta sedangkan graduan ipta sendiri pun ada yang tak dapat tempat mengajar lagi..pelik dengan KPM yang sibuk membuka KPLI & DPLI sedangkan ramai lagi graduan pendidikan yang betul2 minat mengajar bukan memilih bidang pendidikan disebabkan tak ada kerja lansung tak diberi peluang.....HARAP KPM MUKA MATA DAN BERI PERHATIAN PADA GRADUAN PENDIDIKAN IPTS YANG TELAH BELAJAR 'PENDIDIKAN' SELAMA 4 -5 TAHUN DENGAN HARAPAN DAPAT MENGAJAR DI SEKOLAH....BUKAN PADA SISWAZAH YANG JADIKAN PENDIDIKAN SEBAGAI PILIHAN KEDUA SEBAB DAH TAK ADA KERJA....

    ReplyDelete
  23. Pada pendapat sy, isu ini menjd lebih hangat apabila TPM menjanjikan yg 13k GSTT akan diserap, apabila TPM membuat janji2 yg sebegini, tentunya GSTT ini semua meletakkan harapan yg tinggi.

    Bg graduan lepasan perguruan yg masih ternanti2 posting, pd sy ini adalah kelemahan pihak pengurusan KPM...jika wujudnya lambakan graduan perguruan, apa gunanya masih membuka KPLI/DPLI atau pun mengambil GSTT bertugas di sekolah2???? Posting saja guru2 yg sgt berkelayakan dr segi ijazah mereka itu.

    Jd KPM patut lebih alert dgn perkara2 ini.

    ReplyDelete
  24. salam..
    saya ingin bertanya. saya memiliki sijil diploma dalam bidang kemahiran dan mempunyai sijil pegawai penilai dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. saya ingin memohon guru GSTT dalam sekolah aliran teknik dan vokasional.adakah saya layak memohon.setahu saya untuk memohon guru GSTT memiliki ijazah.saya harap yang berkenan boleh menjawab pertanyaan saya ini.boleh terus email saya hishammudin1988@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. Adakah KPLI dan DPLI sudah tidak ada pengambilan lagi? Kami masih berharap ada.

    ReplyDelete
  26. Saya harap KPM dapat mempertimbangkan pihak2 yang terlibat. Sebagai GSTT atau GST. Persaingan tetap ada...samada pengalaman mengajar atau mempunyai teori dan praktikal untuk menjadi seorang guru. Bagi pengambilan DPLI dan KPLI biarla telus segala prosedur dan jangan hanya memandang sebelah mata. Perkara ini telah menyinggung ramai pihak.

    ReplyDelete
  27. Amat berbeza dengan guru-guru yang memilih jawatan sebagai kerjaya berbanding dengan mereka yang sengaja melepas batuk di tangga. Tiga tahun sebagai guru GSTT. Setelah mendapat gelaran guru terlatih dari UPSI tidak sampai setahun mengajar sudah terdengar rungutan segelintir dari mereka yang profession perguruan sangat meletihkan. Apa sudah jadi dengan sebilangan guru2 bekas GSTT ini? Haruskah kita menyalahkan kementerian sebab diantara mereka ada yang berkelulusan ijazah kejuruteraan. Atau bekas GSTT seumpama ini harus memikirkan keikhlasan bekerja dan bergaji dalam situasi sukar untuk mendapat kerja ketika ini?

    ReplyDelete

Post a Comment