PERDANA MENTERI UMUMKAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT GURU



Guru mendapat pengiktirafan yang berlipat ganda oleh kerajaan apabila lima skim kenaikan pangkat akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Perdana Menteri mengumumkan demikian dalam satu rakaman video yang disiarkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching pada 16 Mei 2011.

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri menjelaskan lima kaedah kenaikan pangkat tersebut merupakan kaedah yang hanya terdapat dalam skim perkhidmatan perguruan.

Kaedah-kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan jawatan, kenaikan pangkat berdasarkan kaedah khas untuk penyandang (KUP), kenaikan berdasarkan guru besar dan pengetua cemerlang, guru wibawa dan guru pendita.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa jawatan guru besar akan dinaiktaraf kepada DG A34 bagi sekolah rendah berbanding DGA 32 dan pengetua sekolah dari DG 48 kepada DG 52 manakala guru penolong kanan akan dinaiktarafkan kepada DG 48 bagi sekolah menengah.
Dalam siding media selepas berucap di majlis perasmian sambutan Hari Guru, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk memberikan lima kaedah kenaikan pangkat tersebut bukanlah untuk menghadapi pilihan raya umum tetapi merupakan pengiktirafan kerajaan ke atas perkhidmatan perguruan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, usaha kerajaan menambahbaikkan skim perguruan akan diteruskan sebagau usaha berterusan untuk melonjakkan transformasi kecemerlangan perkhidmatan pendidikan.

"Boleh kita tekan bahawa perkhidmatan perguruan di negara ini mendapat layanan yang adil," katanya kepada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2011, peringkat kebangsaan ke-40 di sini Isnin.

Dalam ucapan perasmian tersebut Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak kerana memberikan tumpuan yang istimewa kepada profesion perguruan walaupun negara sedang mengawal defisit kewangan.

Menurut Menteri Pelajaran , kementeriannya akan terus berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan skim perkhidmatan perguruan termasuk meletakkan kedudukan yang sesuai guru siswazah, meningkatkan lebih ramai lagi guru-guru berijazah di sekolah rendah dan menengah.

Mengenai sumbangan guru dalam menjayakan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara, Tan Sri Muhyidun Yassin berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para guru sehingga melepasi sasaran yang ditetapkan.

Kementerian telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada 72.42 peratus sedangkan sasarannnya ialah 72 peratus pada tahun 2010.

Mengenai tahap pencapaian kadar literasi murid ia juga telah meningkat dari 64 peratus kepada 85 peratud manakala kadar numerasi dari 73 peratus kepada 91 peratus pada tahun lalu.

"Kita juga telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun lepas dan sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi untuk tahun ini," katanya.

Lantaran itu, Tan Sri Muhyiddin berbangga dengan sumbangan para guru yang telah melonjakkan kecemerlangan pendidikan tanpa mengenal batasan geografi dan berterima kasih di atas kesanggupan para guru untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.

"Ini dibuktikan, misalnya, dengan kejayaan SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini," katanya.

Di samping itu, beliau berkata inisiatif tawaran baru juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru dari 1,400 buah sekolah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk sekolah masing-masing dan mereka layak menerima bayaran insentif masing-masing.

Sambutan perayaan Hari Guru yang diadakan di Sarawak pada tahun ini merupakan kali ke-40 dan dihadiri oleh lebih 4,000 orang guru dari seluruh negara. 

Malam sebelumnya, para guru diraikan dalam satu majlis Malam Berambih yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak di mana Ketua Menteri, Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri meraikannya dalam satu satu majlis yang gilang gemilang. Turut hadir dalam Majlis Berambih ialah kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong dan Dr Puad Zarkhasi; Ketua Setiausaha, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Ketua Menteri dan isteri turut hadir dalam majlis perasmian perayaan Hari Guru yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dalam majlis tersebut turut diisyhtiharkan tokok guru dan kepimpinan pendidikan kepada lima orang bekas guru, iaitu Prof Datuk Dr Abdul Rahim Selamat (mantan Pengarah Institut Aminudin Baki), Dato’ Siva Subramaniam (mantan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan –NUTP), Cik Hamedah Wok Awang (mantan Pengetua SMK Air Puteh, Kuantan), Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong (mantan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, Sabah) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan kepada Datuk Dr Haji Nor Daim @Matnor Daim (mantan Ketua Pengarah Pelajaran).

Tema perayaan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara mula disambut pada 12 Mei 2011 dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya manakala Festival Hari Guru telah diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2011 di Tebingan Sungai Sarawak. 

Tan Sri Muhyiddin dan isteri bersama-sama Ketua Menteri dan isteri kemudiannya meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran pendidikan di samping melancarkan buku Razali Ismail: Arkitek Pendidikan Negara sebelum pulang ke Kuala Lumpur.(akh)

Comments

  1. KPM mengumumkan naiktaraf Guru penolong kanan sekolah menengah ,tetapi guru penolong sekolah rendah telah diketepikan..adakah guru penolong kanan sek.rendah tidak berusaha atau tidak menunjukkan sebarang prestasi dalam menjayakan pendidikan negara?atau hanya guru penolong kanan sek.menengah yang bertungkus-lumus selama ini?Hanya kekecewaan ,ketidakadilan dan tekanan yang diperolehi dengan hasil usaha selama ini....

    ReplyDelete
  2. keadaan sedemikian hanya melemahkan semangat perjuangan para guru penolong kanan sek.rendah dalam dunia pendidikan sekarang ....hasil kerja guru penolong kanan sekolah rendah langsung tidak diutamakan dan dipandang berat oleh KPM selama ini,mengecewakan....

    ReplyDelete
  3. kenapa pula guru sekolah menengah sahaja yang mendapat keistimewaan "transform" ini dari kerajaan, guru Sek. rendah pula mcamana?..guru sek. rendah di pedalaman pula elok juga di "transform" jadi orang utan..dulu janji nak btukar-tukar dgn guru di bandar pulak tu supaya sama-sama merasa pengalaman ngajar di pedalaman..TUHAN SAHAJA MAHA MENGETAHUI pengorbanan kami di sini..

    ReplyDelete
  4. tak apalah, terima sajalah. Pengetua/GB dan GPK sek menengah dan sek rendah kluster tu memanglah hebat. Kalau tidak, mana boleh memimpin semua guru bertungkus lumus meningkatkan kualiti pendidikan. Pemimpin keluar arahan, orang di bawah buat sajelah. Kalau berjaya, mereka memang handal memimpin, kalau ada apa-apa yang negatif, guru akan dipersalahkan sebab tidak profesional, perlu pergi LADAP.

    ReplyDelete
  5. Boleh dapat respon adakah PK TK 6 juga mendapat manfaat yang sama kn mereka juga salah seorg pen kanan di sekolah menengah

    ReplyDelete
  6. SEDAR ATAU TIDAK...KENAIKAN 44 KE 48 JUMLAH YANG DIUMUMKAN ITU ADALAH GURU TIME-BASED YANG DAH MASUK ZON.....

    ReplyDelete
  7. NAMPAKNYA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT HANYA GOLONGAN TERTENTU SAHAJA YANG DAPAT LABA..KUMPULAN JUSA C DNAIK 100%...ADAKAH KELOMPOK INI MELAMBANGKAN SEMUA GURU YANG ADA DI MALAYSIA. dASAR YANG DIBUAT HANYA AKAN MENGUNTUNG PIHAK MEREKA SAHAJA. SEBAB IDEA INI DATANG DARI MEREKA.
    BAGAIMANA KELOMPOK MAJORITI GURU YANG DAH BERJANGGUT. YANG PASTI PEGAWAI DI KEMENTERIAN SANA AKAN MEGENAKAN BANYAK SYARAT YANG AKAN MELEBATKAN JANGGUT-JANGGUT CIKGU KALI INI..SEBELUM PENGUMUMAN DIBUAT, SAYA TERTUNG-TUNGGU DURIAN RUNTUH UNTUK CIKGU....TAPI SETELAH PEMGUMUMAN SAYA BERHARAP KERAJAAN YANG MENIPU CIKGU KALI AKAN RUNTUH.

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada mereka yang mendapat rezeki// Tetapi isu yang perlu diberi perhatian adalah keluhan guru yang berkelulusan Sarjana dan PhD. Sampai bilakah kami terpaksa memendam perasaan untuk mengharapkan agar pihak kementerian dan JPA mengiktiraf kami dari segi senioriti atau kenaikan gaji. Adalah munasabah sekiranya guru Sarjana dan PhD diberi kenaikan gaji 3 atau 5 tangga di gred yang sama bagi mengiktiraf kesarjanaan mereka. Kementerian Pelajaran perlu berbangga kerana antara Kementerian yang mempunyai banyak tenaga kerja yang berkelulusan tinggi tetapi masih mendapat imbuhan yang tidak setimpal dengan kelulusan. Ini menjadi bahan terbaik untuk diketawakan oleh rakan2 dari kementerian lain. Guru sarjana dan PhD di KPM boleh diperlekehkan. Adalah diharapkan agar semua guru dalam golongan yang disebut di atas dapt bergabung dan membawa suara dan hasrat kita sehingga direalisasikan oleh phak yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  9. Semua manfaat untuk golongan tertentu saja..bagi kami nie hanya menunggu jer..sekian tahun dah menunggu..kebajikan kami disini pun tak terjaga..kecewa teramat sangat..walaupun kami redha dengan keadaan kami di sini.Lawati keadaan kami disini:

    http://skbayang.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Banyak yang telah menjalankan tugas sebagai Guru Besar DG34 melebihi 10 tahun, apa-apa intensif pun tidak disentuh tapi hanya untuk Pengetua?P.Kanan Sek.Men!!!Apakah pengorbanan Guru Besar yang melentur buluh dari rebung tidak diikhtiraf??? Elaun Guru Besar/P.Kanan Sek Ren dah lebih 10 tahun masih kekal rm100.00/rm60.00!! nak bayar parking kereta semasa mesyuarat di bandar pun tak cukup, elaun perjalan bulanan tidak dibayar dan elaun keraian langsung belum pernah dirasai!!!Adakah ini yang dikatakan "berita baik untuk para guru".... NewDeal & SBT cuma sebilangan kecil saja yang menikmatinya dan ianya tidak telus!!!Hari Guru demi Hari Guru tetapi hanya kekecewaan yang diperolehi....walaupun dengan jelas dan terbukti kami telah menjalankan tugas dengan penuh didikasi dan dapat menyahut seruan NKRA...nampaknya sampai pencenlah tinggal harapan...Betul-betul sakit hati dan teramat kecewa!!!

    ReplyDelete
  11. Tansformasi....ermmm.....SELAMAT HARI GURU....mengecewakan.....dah malas nak fikir...ternyata tidak di pandang serius.

    ReplyDelete
  12. dI SEK MEN NI pk pENTADBIRAN , PK KO DAN PK HEM SAHAJA KE PK..DLM STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH PK TK 6 DAN PK PETANG PUN ADALAH SETARAF..BILA MEREKA BERDUA (PK TK 6 DG 44 DAN PK PETANG DG 44 TIDAK DINAIK TARAF SAMA SEPERTI PK LAIN, IA TELAH MELETAKKAN MEREKA TIDAK SETARAF SEPERTI SEDIA ADA..KELAS KEDUA PK...

    ReplyDelete
  13. sedar atau tidak pk tingkatan enam di sek meenengah satu-satunya pentadbir tiada elaun tanggungjawab seperti pengetua, pk dan guru kanan lain...

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan Rozez95, kesian sangat dengan pk tingkatan 6 yang tidak menerima elaun tanggungjawab rm120, kerja banyak bahkan meliputi semua urusan pentadbiran ( kurikulum,hem dan kokurikulum. Hanya mampu menyenangkan hati dengan jumlah mengajar 8 waktu seminggu

    ReplyDelete
  15. KENAPA SISWAZAH LULUSAN IPTS DIKETEPIKAN SEMASA PENGAMBILAN SESI TEMUDUGA WALHAL KERAJAAN MASIH LAGI KEKURANGAN GURU? ADAKAH KERANA IPTS TIDAK MENCAPAI STANDARD YANG DIKEHENDAKI KERAJAAN? JIKA DEMIKIAN, HARUSLAH DIBUAT PEMBERITAHUAN BAHAWA KERAJAAN TIDAK AKAN MENGAMBIL SISWAZAH LULUSAN IPTS UTK MENGAJAR DI SEKOLAH KERAJAAN.

    ReplyDelete
  16. sibuk pasal guru, yg PHD nk kenaikan berganda, tp ada ke pikir staf sokongan dimanakah kenaikan gaji mereka. tiada mereka siapalah guru-guru di sekolah. mampukah guru buat semua kerja pentadbiran,kerja yang sesetengah guru pandang sebelah mata,tapi tidak mampu nak lakukan,teori bijak berkata,pratikal nya apa pun tidak boleh. terutama kerja melibatkan pembaikan,pertukangan dan sebagainya..10% guru sahaja boleh melakukan kerja macam itu.

    ReplyDelete
  17. Sepatutnya pendekkan tempoh timebase untuk semua guru, skrg nak tgu naik gred dari DG41 ke DG44/DG48 10 tahun. Kes pen kanan dpt naik gred lg mengarut..depa bkn buat kerja apa sgt pun...paper work semua guru akademik biasa yg buat. Merekalah yg pegang pelbagai tugas di bwh kurikulum,HEM atau koko..pen kanan pegang jawatan berdasarkan senioriti je..pihak di KPM buatlah kajian perkara ni sblm buat cdgn kepada pak menteri...kalau betul dan kena gayanya..tak de lah cikgu2 nak bising macam ni..

    ReplyDelete
  18. terlalu banyak yang tidak betul dalam kementerian pelajaran. Guru Dg 41 dan DG 44 di sekolah rendah tiada peluang nak jadi pentadbir sebab jawatan gb dan gpk hanya untuk lulusan bukan siswazah. ini tak boleh di ubah ke? pelik. lagi satu prestasi guru-guru siswazah dinilai oleh pegawai yang lebih rendah kelayakan nya. cuba cerita kementerian mana yang ada buat macam ni. bukalah mata pak menteri jangan hanya angguk2 je tapi tak tau apa.

    ReplyDelete
  19. PM Umumkan apa yang sudah tersedia ada...

    ReplyDelete
  20. kepada yg menikmati kemanisan ini pasti akan bersyukur.disini saya sebagai guru tabika yg berkelulusan dip ape cite pulak. masih dapat gaji n 11.Kami ni tak pentingkah dlm mendidik kanak-kanak? peranan kami sama seperti guru pra sekolah bertungkus lumus memegang jari jemari kanak2 untuk memastikan mereka pandai membaca menuli dan megira. apakah usaha dan jasa kami hanya sekadar cikgu makan saje.Nasib kami ni x de sape yg peduli,baru ni pihak yg berkenaan janji akan beri kami gaji s 27 tapi harammmmm.
    Setahun memegang dip. masih gaji n17.sedangkan kemas dah menikmati gaji s 27 tapi kami ni menganga je la. apa la keje org atas agaknye.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum... Saya seorang pelajar tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di kawasan segambut... saya ingin bertanyakan tentang pemberian notebook 1 malaysia... saya memang tidak memenuhi syarat kerana ibu saya tidak mengundi di kawasan segambut dan saya tinggal di kawasan kepong... tetapi saya sebagai pelajar yang mengambil subjek multimedia berasa amat terkilan sedangkan saya mengambil multimedia dan lebih memerlukan notebook untuk membuat kerja pentafsiran SPM saya... saya juga salah seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli notebook kerana ibu saya seorang ibu tunggal yang harus menangggung saya, adik beradik ibu saya dan nenek saya... Sekian...

    ReplyDelete
  22. apo nak dikato...aku ni dah masuk 21 thn mgjr pernah jd PKHEM, PKI, KB, pi buat MEd, la ni jd KB...kwn2 ramai dah naik (pgkt n DG) aku masih DG44 sama2 anak muridku dulu, bahkan anak muridpn ada yg dah DG48... anak dah lebih stgh dozen, tp masih setia pd isteri yg satu, jnggut sebhgian dah memutih, namun aku bersyukur kerana Allah menjadikan aku seorang pendidik...

    ReplyDelete
  23. Jawatan hakiki spt. Pengetua , PK dsbnya sepatutnya tiada elaun tanggungjawab. Ini khas untuk guru. Ketua Jabatan IPG, Matrikulasi, U dsbnya tiada ETJ. Mengapa guru ada?

    ReplyDelete
  24. Pensyarah Matrikulasi dan Guru Sekolah, apa beza dalam SBPA?

    ReplyDelete
  25. kesian GPK petang yang sebelum itu menjawat jawatan GPK HEM atau GPK Koko..tak dapat kenaikan sedang ada orang baru pegang GPK HEM atau KOKO terus naik pangkat.. dimanakah keadilan .. Allah Maha Adil

    ReplyDelete
  26. SEDARI DULU GOLONGAN SISWASAH YANG BANYAK TAK PUAS HATI...ADA SEBAB TU....GOLONGAN NI JUGA YANG BANYAK SONGEH. GURU-GURU BUKAN SISWASAH TAK BUAT KERJA KE...ADA YANG SETIA...BERSYUKURLAH MASIH ADA KERJA DAN REZEKI,,INSYAALLAH AKAN DITAMBAH REZEKI...MUHASABAH KAN LEBIH BAIK. BAGAIMANA PUN PIMPINAN SEKARANG SANGAT TERUK. TUKAR PIMPINAN BAGUS JUGA. TAPI KENA PEGANG JANJI DAN BERTANGGUNGJAWAB. IDAKNYA..SERUPA AJE..

    ReplyDelete

Post a Comment