Mesyuarat Pegawai Tertinggi SEAMEO dan ASEAN

Ketua Setiuasaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Rosli Mohamed mengetuai delegasi peringkat pegawai-pegawai tertinggi ke Mesyuarat SEAMEO dan Mesyuarat-mesyuarat ASEAN telah diadakan secara back-to-back pada 17-20 Januari 2012 di Hotel Grand Millenium Sukhumvit, Bangkok, Thailand. 

Mesyuarat-mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Tinggi Kementerian Pelajaran Negara-negara Anggota SEAMEO dan ASEAN dan Datuk Dr Rosli adalah selaku SOM-ED Leader Malaysia.

Turut hadir dalam delegasi tersebut ialah Encik  Bong Muk Shin, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Prof Zarida Hambali, Pengarah Pengurusan Pembangunan Akademik,  Kementerian Pengajian Tinggi , Prof. Dato’ Dr. Saran Kaur Gill, Timbalan Naib Caselor, Perkongsian Industri dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia  ; dan Umathevi Ponnusamy, Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KPM merangkap Desk-Officer ASEAN .

Mesyuarat SEAMEO HOM Ke-34 dan ASEAN SOM-ED Ke-6 merupakan mesyuarat tahunan anjuran SEAMEO dan ASEAN.  

Mesyuarat SEAMEO telah membincangkan isu-isu berbangkit dan tindakan-tindakan susulan mesyuarat  SEAMEO Council Conference ke-46 manakala Mesyuarat ASEAN SOM-ED pula telah membincangkan mengenai isu-isu berbangkit dan tindakan-tindakan susulan mesyuarat  ASEAN Education Ministers Meeting ke-6. Mesyuarat SOM-ED+3 turut diadakan secara back-to-back buat kali ke-2.



Mesyuarat Pegawai-Pegawai Tertinggi  SEAMEO ke-34

Mesyuarat ini diadakan dalam dua (2) sesi iaitu, Sesi In-Camera dan Sesi Plenari

Sesi In-Camera, telah dihadiri oleh 9 ahli SEAMEO dan 2 SEAMEO Ahli Besekutu iaitu  Australia dan Sepanyol  manakala Sesi-Plenari telah dihadiri oleh 9 ahli SEAMEO dan 5 Ahli Bersekutu, 2 Ahli Gabungan dan pemerhati dari Sekretariat ASEAN, Biro Pendidikan UNESCO Bagi Wilayah Asia dan Pasifik,  Kementerian Pelajaran, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, Bank Pembangunan Asia Jepun, Institut Pembangunan Pendidikan Korea dan Pusat Wilayah SEAMEO Network.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Mahrub Haji Murni, Setiausaha Tetap, (Pendidikan Teras), Brunei Darussalam, Pengerusi ke- 34 Mesyuarat Pegawai-Pegawai Tinggi   SEAMEO 2012 bersama Dr Witaya Jeradechakul, Pengarah Sekretariat SEAMEO.

Sesi Plenari pula telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mahrub bin Haji Murni, bersama Dr Witaya Jeradechakul, Pengarah Sekretariat SEAMEO.

Malaysia telah membentangkan satu projek susulan yang dibiayai oleh UNESCO pada pembentangan Report on Reaching the Unreached 2: Regional Meeting of Southeast Asian Countries to Accelerate the Attainment of Education for All Goals - “Transition Support Programme (from School to Workplace) for Learners with Disabilities”  pada 17– 21 Oktober 2011 di Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Malaysia memohon bantuan kewangan daripada UNESCO, Bangkok atau daripada organisasi lain untuk melaksanakan projek susulan iaitu Monitoring and Evaluation Exercise sebelum tahun 2015.

Kesemua kertas yang telah dibentangkan di sesi Plenari telah mendapat persetujuan ahli-ahli mesyuarat dan akan dibawa ke Majlis SEAMEO untuk pertimbangan selanjutnya kecuali kertas kerja berhubung penubuhan SEAMEO College: Proposal on Strengthening SEAMEO’s Capacity to Promote Education and Social Development in Southeast Asia yang perlu dimurnikan dengan mengambil kira komen-komen daripada ahli mesyuarat dan dibawa ke SEAMEO Executive Committee Meeting pada bulan April/Mei 2012 untuk pertimbangan.

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan  ASEAN ke-6

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mahrub bin Haji Murni, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Brunei Darussalam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh delegasi dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Turut hadir ialah wakil dari Sekretariat SEAMEO, Sekretariat ASEAN University Network (AUN) dan Sekretariat ASEAN.

Mesyuarat telah mengambil maklum, mengenai beberapa iaitu:

 (i)    Kenyataan Pengerusi Sidang  Kemuncak ASEAN ke-19 yang diadakan pada  14-19 November 2011
  • Pemimpin ASEAN telah menegaskan keperluan pengajaran dan pembelajaran subjek ASEAN di semua peringkat persekolahan dan program pertukaran pelajar antara negara-negara ASEAN.
(ii)   Kenyataan Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-13 yang diadakan pada 18 November 2011.
  • Mesyuarat mengambil maklum, bahawa pemimpin ASEAN dan China telah menubuhkan ASEAN-China Centre di Beijing secara rasmi dan telah memberikan komitmen untuk menggunakan pusat tersebut dalam usaha untuk menyokong kerjasama dalam bidang pelbagai bidang termasuk pendidikan.
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN+3 Mengenai Pendidikan

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mak Ngoy, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja  bagi pihak ASEAN dan Hitoshi Nara, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun,-, Co-Chair China bagi pihak negara Plus 3.

Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa ASEAN+3(APT) Plan of Action on Education telah disemak semula terutamanya pada strategic schedule yang telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa I (2010-2013) dan Fasa II(2014-2017). Ia bertujuan untuk membolehkan negara-negara APT mempunyai jangka masa yang lebih lama untuk berbincang dan meninjau feasibliti projek-projek yang telah dicadangkan.

Mesyuarat telah mengesahkan ASEAN+3 Plan of Action on Education  dan TOR APT yang telah dikemaskinikan dengan perubahan pada para E. Support for Meeting dan para 6 untuk pertimbangan lanjut di   APT Education Ministers Meeting yang akan diadakan pada bulan Julai 2012.

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Republik Korea akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan APEC ke-5 dari 21-23 Mei 2012 di Gyeogju, Republik Korea dengan tema Future Challenges and Educational Responses: Fostering Global, Innovative and Cooperative Education.

Mesyuarat mengambil maklum bahawa EAS SOM-ED akan diadakan secara back to back dengan ASED pada bulan Julai 2012 di Yogjakarta, Indonesia.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa  SOM-ED+3 ke-3 akan diadakan secara back to back dengan  SOM-ED ke-7 dan  SEAMEO HOM ke-35 pada bulan November 2012.


Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments