Warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
perlu bekerja dan berfikir secara kreatif dan inovatif serta mengubah sikap dan
cara bekerja yang rutin dan di takuk lama bagi membantu mempercepatkan proses
membuat keputusan dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja selaras
dengan fasa transformasi pendidikan yang berlaku sekarang.
Dato’ Dr. Rosli
Mohamed, Ketua Setiausaha KPM ketika merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif
dan Kreatif KPM 2012 (KIK KPM) pada 29
Oktober 2012 di Hotel Royal Bintang, Seremban berharap warga KPM termasuk
pendidik akan terus berusaha menjana kreativiti selain mempertingkatkan
prestasi kerja bagi memastikan matlamat negara membentuk modal insan yang
unggul tercapai.
Menurutnya, penjanaan kreativiti yang
berterusan mampu mencetus inovasi seterusnya mencipta kelainan supaya KPM
berupaya menempa impak yang tinggi dan secara tidak langsung dapat memberi
sumbangan yang signifikan dalam merealisasikan agenda negara ‘1Malaysia: Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.
Menurut Dato’ Dr. Rosli, pewujudan kumpulan
KIK di Bahagian/Jabatan mahupun di institusi pendidikan mampu menerokai
idea-idea baru untuk memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:-
Kategori Pengurusan
Tempat
Pertama - Kumpulan Inno-Vision (Institut Aminuddin Baki)
menerusi projek bertajuk ‘Proses Penyediaan Pelaporan KPI Mengambil Masa Yang
Panjang’.
Tempat
Kedua - Kumpulan iQ-Ten (Bahagian Buku Teks) – Tajuk Projek
‘Mempercepatkan Proses Pengurusan Pendaftaran Penilai Mesyuarat Penilaian Buku
Teks’
Tempat
Ketiga - Kumpulan Dinamik (Majlis Peperiksaan Malaysia) – Tajuk
Projek ‘Mempercepatkan Proses Pengendalian Kes Calon Tidak Hadir, Tiada Skrip,
dan Tiada Markah bagi Peperiksaan STPM dan MUET’.
Kategori Teknikal
Tempat
Pertama - Kumpulan Master-H dari Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional menerusi projek bertajuk ‘Kemerosotan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi
subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Tahun
2007-2009’.
Tempat
Kedua - Kumpulan Toninipot (Sekolah Kebangsaan Pekan Dua,
Sabah) – Tajuk Projek ‘Kotak “Toninipot” – Kemahiran 12SK (12 Kemahiran
Sukukata)’
Tempat
Ketiga - Kumpulan H3LP (Bahagian Pengurusan Maklumat) – Tajuk
Projek ‘Sistem Pengurusan Meja Bantuan ICT sedia ada kurang efisien dan
efektif’
Anugerah Menteri
Pelajaran dimenangi oleh Kumpulan Master-H dari Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV). Manakala Encik
Suraimi Haji Rithwan juga dari BPTV memenangi Anugerah Fasilitator Terbaik.
Hadiah-hadiah
disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran 1, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong di
majlis penutup Konvensyen KIK 2012.
Menurutnya
KPM perlu memainkan peranan bagi memastikan sumber tenaga yang berbakat,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai daya kreativiti dan
berinovatif dapat dilahir dan
dibangunkan dengan menyediakan pendidikan berkualiti.
Datuk Ir. Dr. Wee
berkata projek-projek KIK yang
berpotensi dan memberi impak tinggi kepada KPM akan dikenalpasti dan dikongsi
bersama untuk digunapakai di semua Bahagian dan Jabatan bagi membantu warga KPM
melaksanakan tugas dengan kreatif dan mampu meningkatkan produktiviti
kerja. Semua maklumat dan data berkaitan
mengenai projek-projek KIK akan dikumpul dan disimpan untuk rujukan dan usaha
menggunapakainya sekiranya bersesuaian.
Projek KIK berpotensi tinggi juga boleh dijadikan touch point Kementerian dalam usaha menyampaikan perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan.
Datuk Wee turut
mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Green Tech dari JPN Perak yang telah
mewakili Malaysia di Konvensyen ICC peringkat antarabangsa pada 15 hingga 16 Oktober
2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan .mendapat pengiktirafan
tertinggi iaitu 3 bintang.
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Comments
Post a Comment