Pengenalan kepada KPM

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
 

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
 

Matlamat
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.  
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.  
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.



    PIAGAM PELANGGAN
    Kami, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut:


    PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN


    Pembangunan

    Menguruskan perolehan kerja KPM dengan amanah, adil dan cekap:
    (i) Mengeluarkan surat setuju terima kepada petender yang berjaya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup tender;
    (ii) Mengemukakan dokumen kontrak kepada kontraktor dan jabatan pengguna dalam tempoh satu bulan daripada tarikh ditandatangani;
    (iii) Mengembalikan Cagaran Keselamatan setelah syarat-syarat kontrak disempurnakan sebulan kuatkuasanya tamat; dan
    (iv) Mempamerkan nombor kelompok selepas sebulan daripada tarikh invois diterima bagi bekalan peralatan.


    Kewangan

    (i) Memastikan agihan waran peruntukan Belanja Mengurus kepada Program/ Aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja;
    (ii) Menerima dan menimbangkan Permohonan Pakej yang lengkap dalam tempoh 10 hari bekerja; dan
    (iii) Memastikan pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dikreditkan ke dalam akaun sekolah/ Pejabat Pelajaran Negeri (PPD) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima.


    Pengurusan Aset

    Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh 2 minggu bagi pelantikan seperti berikut:
    (i) Pegawai Aset;
    (ii) Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori;
    (iii) Lembaga Pemeriksa Pelupusan;
    (iv) Jawatankuasa Penyiasat; dan
    (v) Pegawai Pemverifikasi Stok.


    Pengurusan Sumber Manusia

    Memproses urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi laluan hakiki, cemerlang dan time-based serta Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi laluan hakiki dan time-based untuk dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.


    Tajaan Pendidikan

    Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan lengkap diterima.


    Pembayaran Bil dan Invois

    Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).


    Pengurusan Aduan

    (i) mengemukakan maklumbalas kepada isu-isu yang berkaitan KPM melalui media dalam tempoh tiga (3) hari selepas siaran;
    (ii) menghantar surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima; dan
    (iii) memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.



    DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


    Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

    (i) Menghasilkan perancangan dasar dan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian pendidikan, dan analisis data pendidikan bagi memenuhi keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan:
    (a) Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam (6) bulan;
    (b) Menghasilkan laporan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan dua (2) kali setahun; dan
    (c) Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih sebanyak dua (2) kali setahun.
    (ii) Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan
    (iii) Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.


    Lembaga Peperiksaan

    Mengurus PeperiksaanAwam berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan KPM dan mengumumkan keputusan yang sah dalam tempoh empat (4) bulan selepas peperiksaan serta mengeluarkan sijil dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan.


    Pembangunan Kurikulum

    Memastikan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


    Teknologi Pendidikan

    Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.


    Pengurusan Buku Teks

    Memastikan pembekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sampai ke sekolah sebelum sesi tahun baru persekolahan bermula.



    OPERASI PENDIDIKAN

    (i) Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh maksimum:
    (a) 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bagi sekolah harian, teknik, sukan, seni dan khas;
    (b) Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan; dan
    (c) Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan PMR diumumkan.
    (ii) Memastikan penempatan dan pertukaran guru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
    (iii) Mengurus pengecualian wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
    (iv) Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;dan
    (v) Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas 30 hari memorandum persefahaman ditandatangani.

    PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    (i) Memastikan tidak kurang 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan setiap tahun;
    (ii) Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dikeluarkan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) memenuhi 80% kehendak pelanggan berdasarkan instrumen penilaian dari aspek kualiti diri; pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran; kebolehan mengurus kokurikulum; dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah;
    (iii) Memastikan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan dilaksanakan;
    (iv) Memastikan tidak kurang 80% pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam tempoh satu tahun mendapat latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah di Institut Aminuddin Baki (IAB);
    (v) Mengemukakan Laporan Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Y.B. Menteri Pelajaran dalam bulan Oktober setiap tahun;
    (vi) Memastikan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
    (vii) Memaklumkan calon yang berjaya dan tidak berjaya mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; dan
    (viii) Mengurus pengambilan calon guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan.


    Comments

    1. Salam.
      best arr KPM ada blog ni.tahniah.good job.kalu ada shoutbox lagi best.hehehe.
      Just nak tanya bila posting GST yang interview pada 3-7 mei 2010 akan di ketahui?
      Anyway congrate yee...

      ReplyDelete
    2. Tahniah KPM dengan membangunkan blog rasmi ini. Semoga dikemaskini selalu.

      ReplyDelete
    3. disarankan supaya KPM membina web site untuk guru-guru yang ingin bertukar suka sama suka..dengan cara ini, proses pertukaran akan dapat dilakukan lebih mudah dan yang penting tidak akan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan guru. kepada guru yang ingin bertukar, mereka boleh mendaftar di wedsite tersebut.maklumat tempat mengajar sekarang dan tempat yang mereka pohon boleh dpaparkan ke website tersebut.pihak KPM dapat menjalankan tugas dengan mudah dan berkesan.

      ReplyDelete
    4. sy wakil pelajar smk banting di selangor..sy ingin membuat aduan ttg pengetua di sek sy..beliau membuat terlalu byk perubahan yg mebebankan pelajar..malahan,ibu bapa risau akan keselamatan ank2 mrk yg kemungkinan besar akan berlaku kemalangan jalan raya..sek kami terletak di hadapan jalan besar..ini kerana beliau tidak mengizinkan ibu bapa mengambil anak2 mrk di dlm kwsn sek..boleh dikatakan setiap ari ade perhimpunan sek seawal pagi pukul 7.10..ini amat mnyusahkan para pelajar. para pelajar yg melakukan kesalahan kecil tanpa diselidiki dan membela diri terus dibuang sekolah. ini amat menyedihkan sekali. tetapi pelajar yang membuat kesalahan yang agak kritikal dibiarkan sahaja. tidak salah merampas telefon tetapi jike dibaling telefon selular pelajar terbabit tanpe alasan yang kukuh...inikah sikap seorang pengetua sekolah????seolah-olah tidak tahu menghormati perasaan pelajar terbabit. kerana kesalahan segelintir pelajar, kami tidak lagi dibenarkan melakukan lawatan kemana-mana. ini tidak adil bagi kami pelajar-pelajar yang inginkan pengetahuan yang lebih..semoga tan sri dapat melakukan sesuatu dan diharap tindakan akn diambil..

      ReplyDelete
    5. Saya salah seorang bapa kepada seorang murid di SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA(2),SETAPAK, KUALA LUMPUR, ingin membuat aduan terhadap sikap Guru Disiplin sekolah tersebut yang bernama NORHANIZA BINTI DAHALAN yang terlalu ghairah mengejar pangkat semenjak Guru Besar Sekolah tersebut bersara baru-baru ini. Sikap beliau yang terlalu ingin mengejar pangkat sehingga menganiaya anak saya yang belajar di tahun 2 sekolah tersebut. Anak saya yang belajar di kelas yang paling baik di kalangan darjah 2, masih mentah dan perlukan perhatian dan bukannya HUKUMAN BERAT(yang bukan kesalahannya) DAN PENGANIAYAAN.

      Sikap guru disiplin yang terlalu taksub dengan pangkat yang dikejar sehingga beliau menganiaya anak saya termasuk diri saya sebagai bapa. Beliau (guru disiplin tersebut) telah memberikan surat amaran untuk buang sekolah kepada anak saya yang tidak bersalah dan masih mentah tersebut, atas alasan datang lambat ke Sekolah. Saya menghantar anak saya sebelum pukul 7.30 pagi pada setiap hari. Namun baru-baru ini selepas Guru Besar Sekolah berkenaan bersara, tiba-tiba saya menerima sepucuk surat dari beliau yang menulis Bagi Pihak Guru Besar memandangkan Guru besar telah bersara.

      Apabila saya menyiasat, saya dapati waktu loceng sekolah dibunyikan lebih awal 5 minit dari waktu sebenar. Ini bermaksud pengawas telah merekod masa datang yang salah bagi pelajar yang datang ke Sekolah sebelum pukul 7.30 pagi dan saban kali anak saya dicatit namanya akibat lambat dan kerap kali didenda, sedangkan waktu persekolahan SEBENAR masih belum bermula. Ini mengakibatkan saya dan anak saya berasa teraniaya akibat dari SURAT AMARAN BUANG SEKOLAH TERSEBUT. Saya mengharapkan Pihak KEMENTERIAN dapat mengenakan TINDAKAN YANG TEGAS terhadap sikap Guru Disiplin ini yang MENGANIAYA demi mencapai rekod cemerlang dan untuk mengejar pangkat memandangkan KEKOSONGAN JAWATAN GURU BESAR. Saya amat berharap kepada pihak KEMENTERIAN agar perkara ini tidak berulang lagi memendangkan saya menitik beratkan reputasi dan disiplin anak saya di Sekolah tersebut. Untuk makluman Tuan perkara ini tidak timbul semasa Guru Besar Sekolah tersebut masih berkhidmat walaupun saya tahu pengawas tetap mencatit masa yang salah pada mengambil masa murid datang sekolah.


      Dari,

      Bapa kepada anak teraniaya..SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA (2)..

      ReplyDelete
    6. Saya penjaga kepada seorang murid di sekolah kebesaan air puteh serdang kedah telah di beri tahu bahawa anak saya telah di hukum dengan cara melanggar peraturan sekolah ia itu dengan cara menumbuk dikepala dan menampar tindakan ini adalah di luar undang undang...guru berkenaan adalah Zulkarnain yg bertugas di Sekolah Kebangsaan Air Puteh Serdang Kedah...diharap pehak kementerian dapat memberi nasihat kepada guru berkenaan....

      ReplyDelete
    7. Salam Sejahtera.....Untuk pengetahuan pihak tuan, saya dan isteri merupakan pelajar bagi program PPG ambilan 2011. Permasalahan yang timbul sekarang ialah pihak BPG telah mengubah tarikh peperiksaan akhir semester dengan secara tiba-tiba. Dimana tarikh sepatutnya adalah 29/10/2011 dan 30/10/2011, ditukarkan kepada 19/11/2011 dan 20/11/2011. Dengan pertukaran tarikh ini, maka kami yang telah pun menempah tiket untuk pulang ke Sabah pada tarikh tersebut (kerana pada 19/11/2011 ialah hari pertama cuti persekolahan) akan menghadapi masalah terutamanya dari segi kos yang telah dikeluarkan. Dimana kos tersebut hampir mencecah RM2500 untuk kami sekeluarga. Permasalahan ini juga turut dialami oleh beberapa orang rakan belajar saya. Oleh itu, saya dan rakan-rakan mengharapkan agar pihak kementerian dapat memaklumkan kepada pihak BPG supaya mengekalkan tarikh peperiksaan pada 29/10/2011 dan 30/10/2011. Ini juga akan memudahkan semua pihak kerana tarikh tersebut telah pun ditentukan lebih awal. Saya berharap permintaan kami ini dipertimbangkan oleh pihak tuan sepenuhnya. Terima kasih.

      ReplyDelete
    8. Ruangan ini untuk dibuat aduan ke? Soalan ... Tiada saluran lain untuk membuat aduan secara rasmi?

      ReplyDelete
    9. saya mewakili pelajar Tingkatan Enam, ingin membuat aduan bahawa masa peperiksaan bagi sistem modular yang baru dilaksanakan adalah tidak mencukupi. Ramai juga adalah kurang puas hati terhadap masa yang diberikan adalah singkat, dan tempoh pembelajaran adalah juga singkat bahkan banyak benda ingin belajar. Saya, berharap tuan akan menitiberatkan masalah ini, dan mengadakan perbicaraan dengan pihak berkuasa.

      ReplyDelete
    10. Kuan Jie Yu,

      Aduan dan pandangan anda dalam pemerhatian kami. Terima kasih.

      ReplyDelete

    Post a Comment