Program Bersama KPM siri keempat yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan merupakan program terbesar setakat ini dengan penglibatan seramai lebih 1,200 orang peserta.
Program yang diadakan pada 23 Jun lalu berjaya menghimpunkan seluruh warga pendidikan dan wakil-wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru di pusat kewangan pesisir pantai.
Menurut Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine Radin, bagi menjayakan program tersebut pihaknya telah membenarkan sekolah supaya mengambil cuti berganti memandangkan ia adalah satu majlis yang amat penting kepada seluruh warga pendidik.
Majlis sehari itu berlangsung di Komplek Ujana Kewangan Labuan dipenuhi dengan beberapa taklimat mengenai dasar-dasar baru yang sedang dilaksanakan oleh KPM manakala pembentangnya adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaannya.
Antara dasar-dasar baru yang dibincangkan ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional dan 1 Murid 1 Sukan.
Program Bersama KPM merupakan satu aktiviti komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat sebagai kaedah menyalurkan maklumat kepada khalayak sasaran. Sehingga kini, sebanyak 4 siri Program Bersama KPM telah dilaksanakan, iaitu di Taiping, Perak (bagi Zon Utara); Tawau, Sabah (Zon Sabah); Port Dickson, Negeri Sembilan (Bagi Negeri Sembilan dan Melaka); dan Labuan (Bagi Wilayah Persekutuan Labuan).
Program Bersama KPM di Labuan ini merupakan yang paling ramai sekali penyertaan berbanding sebelumnya di Taiping (300 peserta), Sabah (1000 peserta), dan Port Dickson (800 peserta). (akh)
Program yang diadakan pada 23 Jun lalu berjaya menghimpunkan seluruh warga pendidikan dan wakil-wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru di pusat kewangan pesisir pantai.
Menurut Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Mistirine Radin, bagi menjayakan program tersebut pihaknya telah membenarkan sekolah supaya mengambil cuti berganti memandangkan ia adalah satu majlis yang amat penting kepada seluruh warga pendidik.
Majlis sehari itu berlangsung di Komplek Ujana Kewangan Labuan dipenuhi dengan beberapa taklimat mengenai dasar-dasar baru yang sedang dilaksanakan oleh KPM manakala pembentangnya adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaannya.
Antara dasar-dasar baru yang dibincangkan ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional dan 1 Murid 1 Sukan.
Gambar-gambar sepanjang Program Bersama KPM
Para peserta turut berpeluang mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab di akhir forum dan seluruh forum yang dibahagikan kepada 4 sesi dikendalikan oleh Suratno Parmin dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.Program Bersama KPM merupakan satu aktiviti komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat sebagai kaedah menyalurkan maklumat kepada khalayak sasaran. Sehingga kini, sebanyak 4 siri Program Bersama KPM telah dilaksanakan, iaitu di Taiping, Perak (bagi Zon Utara); Tawau, Sabah (Zon Sabah); Port Dickson, Negeri Sembilan (Bagi Negeri Sembilan dan Melaka); dan Labuan (Bagi Wilayah Persekutuan Labuan).
Program Bersama KPM di Labuan ini merupakan yang paling ramai sekali penyertaan berbanding sebelumnya di Taiping (300 peserta), Sabah (1000 peserta), dan Port Dickson (800 peserta). (akh)
Comments
Post a Comment