Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu.
Bilangan mereka yang dilantik semula itu termasuk seramai 2,153 orang yang melapor diri selepas menerima surat perlantikan dan 968 lagi masih belum dapat dipastikan status pematuhan syarat untuk mengikuti latihan perguruan.
GSTT yang telah dilantik semula adalah berdasarkan syarat berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan berkhidmat tidak kurang dari dua tahun sehingga akhir tahun lalu.
Mereka yang dilantik juga haruslah menerima syarat penempatan yang tidak tertakluk kepada opsyen asal dan lokasi yang dipohon.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, keutamaan telah diberikan untuk menyokong pelaksanaan dasar-dasar baru KPM, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Penilaian Berasaskan Sekolah.
Sekolah-sekolah yang mempunyai aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang banyak juga diberikan keutamaan manakala kaedah perlantikan yang dilaksanakan adalah berdasarkan contract for service berbanding sebelumnya contract of service.
Berdasarkan contract for service, tujuannya adalah untuk menampung keperluan semula GSTT di bawah program one-off manakala contract of service ialah mengisi kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih.
Kaedah pembayaran elaun adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2007 bagi perlantikan secara contract of service manakala menerusi kaedah contract for service ia dibayar gaji berdasarkan gred jawatan misalnya Gred 41 sebanyak RM 2,331, Gred 29 sebanyak RM 1,610 dan Gred 17 sebanyak RM 1,200 sebulan.
Tarikh perlantikan secara contract of service telah berakhir pada 31 Disember 2010 manakala contract for service bermula pada bulan Julai hingga 31 Disember 2011.
Semasa merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan 3 Mac lalu, Menteri Pelajaran mengumumkan seramai 13,184 orang GSTT tahun 2010 akan dilantik semula manakala dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac, mereka yang pernah berkhidmat pada tahun 2010 akan diberikan peluang untuk terus berkhidmat dan diserap ke jawatan tetap dengan syarat berumur tidak lebih 35 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun sehingga 31 Disember 2010.
Seramai 7,258 orang GSTT tidak dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan ini berpeluang dilantik secara contract for service sebagaimana telah diputuskan dalam satu perjumpaan khas antara KPM, KSN, JPA dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.
Daripada jumlah terbabit, 3,793 orang adalah layak dan 972 orang daripadanya akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan pada akhir tahun ini dan 2,821 orang bagi ambilan Januari 2012 di IPTA dan IPG.
Bagi mereka yang berijazah, Iatihan selama 18 bulan akan dilaksanakan di IPG manakala bagi yang tidak berijazah akan mengikuti latihan di IPTA selama 66 bulan di bawah program ljazah Sarjana Muda Pendidikan.
Baki seramai 3,465 orang yang belum layak mendapat tawaran, mereka akan diberikan peluang selepas disahkan mematuhl syarat-syarat yang ditetapkan. Apabila memenuhi syarat, mereka akan dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas semakan dilakukan pada akhir Ogos 2011.
macam mana pula dengan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan yang telah pun bergraduat. bila kami boleh dapat penempatan. sedangkan saya difahamkan bahawa pengambilan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan adalah berdasarkan unjuran kekosongan jawatan. sekiranya ini berlaku bermakan keputusan kpm ni akan memberi kesan kepada penempatan kami. tolong pertimbangkan dengan sewajarnya nasib kami ini. jangan aniaya kami.
ReplyDeleteSaya amat terkejut apabila ditanya oleh seorang ibu pelajar saya pada minggu lepas tentang pengambilan guru sekarang. Beliau bertanya apakah syarat sebenar untuk menjadi seorang guru? Bukankah seseorang guru tersebut mesti memiliki keputusan yang baik dan cemerlang serta berpengetahuan kerana guru merupakan pelita ilmu? Adakah guru merupakan satu profession atau satu kerjaya biasa? Mengapa KPM sekarang membuka peluang kepada guru sandaran untuk diserap ke jawatan tetap dengan hanya 2 syarat yang tidak sepatutnya dijadikan syarat untuk menjadi seorang pendidik? Adakah ia berkualiti dan dapat menjamin kualiti pendidikan negara?
ReplyDeleteSaya berasa malu dengan soalan yang ditujukan oleh ibu pelajar tersebut. Dalam masa yang sama juga saya berasa kecewa dan geram terhadap keputusan KPM yang diambil dengan tidak mengukur dan mengimbang dengan teliti. Apakah tujuan sebenar KPM mengambil keputusan untuk menyerap semua GSTT sedangkan tindakan tersebut telah menurunkan kualiti profession keguruan?? Bukankah KPM pernah berkata bahawa golongan GSTT tidak akan diserap ke jawatan tetap dan mereka mesti melalui prosedur yang ketat ke lalui profession ini? Saya amat kecewa atas tindakan yang akan diambil oleh KPM. Mengapa pula KPM tidak guna pakai kakitangan (graduan pendidikan) yang sedia ada yang belum dipostingkan? Tidakkah ini merupakan tindakan yang membabi buta??
Saya berharap pihak KPM dapat mempertimbangkan isu pengambilan GSTT ke jawatan tetap demi menjaga kualiti sistem pendidikan negara dan profession keguruan!!
Jangan hanya kerana gelaran GSTidak Terlatih tidak diberi perhatian dan diberi tanggapan yang negatif daripada pihak2 tertentu. Kalau ingin dinyatakan disini, terdapat juga guru tetap yang tidak dedikasi menjalankan tugas mereka. Jangan hanya kerana susu setitik rosak susu sebelanga.
ReplyDeleteKepada Kenny : Tidak perlu anda berasa malu, geram dan kecewa. Ini menunjukan anda seorang yang berfikiran serong terhadap GSTT yang bukan seorang guru pendidikan. Ramai GSTT yang menjalankan tugas mereka sebaik dengan guru tetap. Mungkin anda tidak pernah terfikir "put urself in other shoes" untuk mengetahui dan membuat tanggapan yang sedemikian rupa.
Hi, Jess..Yes, u are right in a way (putting myself into other shoes) yet it doesn't mean that this is the right way for u and those GSTTs to get into this profession so easily as we all have to go through of so many procedures and hardships before entering into this profession. If u hv called this as one of the professions, do u think u can easily get into it? Did u see any advertisement regarding DSTT (Doktor Sandaran Tidak Terlatih), PSTT (Peguam Sandaran Tidak Terlatih) and etc especially for professional jobs? And it calls " Those who hv worked and are interested to work as a permanent DOCTORS or LAWYERS, will be given a chance by just looking at 2 conditions"?? Have u ever seen that kind of advertisement? Besides why don't you put urself into other shoes and think on behalf of teachers' feeling towards this matter? Quality is much important than Quantity. For those GSTTs who are more dedicated than the confirmed teachers, this isn't a reason that you all must be given a chance like this. Going through the right procedures will help more in increasing the Quality of Malaysian Education System. Jess, pls re-read again my previous comment. I didn't say that GSTTs are not eligible to be selected as confirmed teachers but must go through the right procedures so that the Quality of the teachers is remained and protected!! TQ
ReplyDeleteusually GSTT is better than a permanent teacher... we used to be student... and we all know...
ReplyDelete