Meskipun hanya kurang dari lima minit YAB Perdana Menteri bersama para pelajar yang menyertai pameran sempena Jelajah Janji Ditepati di Taman Perindustrian Tinggi Kulim pada 8 Jun 2012.
YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa mencuba menghiasi kek cawan yang dihasilkan oleh para pelajar Sekolah Menengah Vokasional II, Sungai Petani, Kedah.
Orang ramai turut diberikan pendedahan mengenai bidang pengajian yang dilalui oleh para pelajar yang mengambil bahagian vokasional terutamanya dalam bidang bakeri, penyediaan makanan dan hiasan diri.
YAB Cuba Membuat Hiasan Kek |
Kunjungan YAB Perdana Menteri itu berjaya menyuntik kegembiraan dalam kalangan para pelajar dan berjaya meningkatkan motivasi untuk belajar dengan lebih tekun bagi membuktikan bahawa aliran vokasional dan kemahiran mempunyai kebolehpasaran yang tinggi sebagaimana diharapkan bakal terhasil menerusi Tranformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sedang dilaksanakan oleh KPM.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
YAB Perdana Menteri Menandatangani Buku Pelawat KPM |
YAB Dihadiahkan Kek dan Biskut Yang Dihasilkan oleh Para Pelajar |
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Comments
Post a Comment