Program
Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang dimanfaatkan oleh 6,550 pelajar murid sejak
dilaksanakan pada Julai 2011, akan diteruskan dengan kewujudan empat lagi SDH
iaitu Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Temerloh, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Empat SDH tersebut
adalah tambahan kepada tiga SDN perintis sedia ada di Hospital Kuala Lumpur
(HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, berkata demikian di majlis menandatangani
memorandum perjanjian (MoA) pelaksanaan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam
Hospital (SDH) antara PPUKM , HUSM dan Yayasan Nurul Yaqeen dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada 12 Oktober 2012. Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Dr. Rosli
Mohamed menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak KPM.
Hadir sama ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman, selaku Penanung SDH. Seramai 9 orang guru dan 2 Pembantu
Pengurusan Murid telah dilatih dan ditempatkan di PPUKM dan HUSM. Objektif
pelaksanaan SDH adalah untuk memastikan murid yang mempunyai masalah kesihatan
dan menerima rawatan yang berpanjangan di hospital mendapat akses kepada
pendidikan dan tidak ketinggalan dalam Pelajaran.
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Comments
Post a Comment