HIMPUNAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M)


Sebanyak 30 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang dan berminat dengan bidang perguruan akan diserapkan sebagai guru pelatih mulai tahun 2013. Dalam pada itu, mereka yang sebelum ini dipilih dari kalangan kelayakan 6A atau 7A akan dipilih dengan syarat yang lebih ketat iaitu 9A bagi memastikan supaya guru-guru yang terlatih adalah yang terbaik.


Berucap di majlis perasmian Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Zon Selatan di Pusat Kokurikulum Johor Bahru pada 13 Oktober 2012, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran berkata cadangan itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang antara lain bermatlamat meningkatkan kualiti guru dan kaedah pengajaran kepada murid.


Objektif Himpunan GM1M yang bertujuan merapatkan barisan guru muda untuk bersama-sama KPM dalam memacu dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ialah untuk menghargai sumbangan guru muda sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM, selain untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menyumbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah fikiran. 

Himpunan GM1M Zon Timur turut dilancarkan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin di Kota Bharu, Kelantan pada 8 November 2012.





Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Comments