Kerajaan umum penubuhan Yayasan Tabung PIBG Nasional (Berita Harian 29 November 2014)


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Yayasan Tabung PIBG Nasional bagi membantu aktiviti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah seluruh negara.

"Sebagai permulaan, kita peruntukkan sebanyak RM200 juta sebagai dana permulaan dan kita akan cuba dapatkan dana tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk menambah dana ini," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, yayasan itu akan dipengerusikan bersama dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Dana itu akan diagih untuk semua sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman," katanya.

Sumber:  http://www.bharian.com.my/node/20538

Comments