Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Tan Sri Dr./Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Seperti YBhg. Tan Sri Dr./Datuk/Dato'/Tuan/Puan sedia maklum, MESCA sedang melaksanakan kutipan dari segi kewangan untuk Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Warga Kementerian Pendidikan Malaysia.    
3.        Sehubungan dengan itu, sukacita dipohon YBhg.Tan Sri Dr./Datuk/Dato'/Tuan/Puan dapat membuat kutipan dan sumbangan ikhlas yang hendaklah diuruskan oleh Unit Pentadbiran Bahagian masing-masing. Dipohon sumbangan tersebut diserahkan secara:
  1. Tunai kepada Puan Fadilah binti Harun, Bahagian Khidmat Pengurusan; atau
  2. Cek atas nama Bendahari MESCA; atau
  3. Dipindahmasuk ke akaun Bendahari MESCA, Public Bank, no. akaun 3077068628.
Sumbangan bolehlah disalurkan mulai 5 hingga 31 Januari 2015. Perhatian dan jasa baik YBhg.Tan Sri Dr./Datuk/Dato'/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
             
Sekian.

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
Bahagian Khidmat Pengurusan (Pelajaran)

Comments